Siakap Keli
Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo
Gambar: Dallas Zoo/ Twitter

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Berseloroh Kaitkan Dengan Karakter Dalam Filem Madagascar

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Berseloroh Kaitkan Dengan Karakter Dalam Filem Madagascar

MEXICO — Seekor harimau bintang dilaporkan terlepas dari sebuah zoo sehingga mencetuskan kekacauan dalam kalangan penduduk bahkan pengguna media sosial, di Dallas, Texas semalam.

Memetik laporan Metro UK, haiwan berkenaan yang dikenali sebagai Nova menimbulkan kerisauan penjaganya (pihak zoo) selepas dilaporkan hilang dari kandang.

Susulan itu, pihak zoo telah memaklumkan penutupan pada hari tersebut ekoran perkara itu. Insiden tersebut nyata mencetuskan keresahan netizen khusus dalam kalangan pengguna media sosial di Twitter.

Sebahagian pengguna yang gusar di platform itu turut berkongsi langkah terbaik bagi menangkap haiwan pemangsa itu yang terlepas.

Sementara itu, salah seorang pengguna berkongsikan gambar karakter kartun dalam filem Madagascar.

“Hanya ada satu kumpulan sahaja yang saya tahu boleh membawa harimau bintang itu keluar tanpa dikesan,” tulisnya.

Gambar: Metro UK

Usaha pencarian haiwan seberat sembilan hingga 11 kilogram yang hilang itu turut dibantu dengan kerjasama Jabatan Polis Dallas tertumpu sekitar kawasan pokok.

Selepas itu, Nova berjaya ditemui semula sekitar jam 4.40 petang waktu tempatan. Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Dallas Zoo di Twitter.

“Kami saya sukacitanya melaporkan telah menemui semula harimau bintang Nova di kawasan Zoo pada kira-kira jam 4.40 petang. Dia dijumpai berdekatan dengan habitat asalnya dan pasukan dapat menangkapnya dengan selamat sebelum jam 5.15 petang.

Terdahulu, menurut Dallas Morning News, seekor gorila dilaporkan terlepas dari kandangnya hingga menyebabkan tiga orang cedera termasuk seorang kanak-kanak pada tahun 2004.

Difahamkan, haiwan berkenaan telah menggigit kanak-kanak terbabit pada bahagian kepala dan dadanya sebelum menghempas mangsa ke dinding. Oleh itu, pihak berkuasa telah bertindak membunuh haiwan itu.

Sumber: Metro UK, Dallas Zoo

BACA JUGA: Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?