Siakap Keli
nad zainal dan ungku ismail
Kredit: Instagram Nad Zainal

Nad Zainal, Ungku Ismail Sah Bergelar Suami Isteri

Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail sah bergelar suami isteri setelah memuat naik sebuah video yang mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan ramai pada hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Nad Zainal di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Nad Zainal meletakkan kapsyen ‘Alhamduillah’ dengan gambar bersama Ungku Ismail di hadapan sebuah masjid dan juga hantarannya.

Pasangan itu mengenakan pakaian serba putih sambil berpegangan tangan menaiki tangga masjid dalam video pendek yang dikongsi sebelum ini.

Dalam pada itu, pasangan sejoli itu turut berkongsi kapsyen yang sama dengan meletakkan emoji berbentuk hati dan dikuti dengan tarikh hari ini.

Mereka turut meletakkan maklumat butiran mengenai pakaian, jurusolek dan jurugambar.

Rakan selebriti yang lain mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah seperti Fazura, Janna Nick, Elly Mazlein dan lain-lain.

Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram

Pada awalnya, netizen mula mempersoalkan mengenai kesahihan video tersebut dan berkata kemungkinan ia adalah sekadar ‘marketing’.

Mereka turut membuat andaian dengan mengatakan video tersebut adalah untuk mempromosikan baju, produk dan video muzik.

Namun, persoalan itu terjawab selepas Nad Zainal memuat naik gambar dia dan pasangannya.

Sebelum ini, media melaporkan Nad Zainal berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.

Berita itu dikongsikan oleh Ungku Ismail dalam muat naik ‘story’ di Instagram miliknya dan meminta orang ramai untuk mendoakan agar Nad Zainal boleh sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusannya.

Sumber: Nad Zainal & Ungku Ismail

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana