Siakap Keli
Kunci Kereta Dibaling Rakan Tembusi Tengkorak Kepala
Gambar: Kennedy Newsand Media

Ngeri, Wanita Nyaris Buta Kunci Kereta Dibaling Rakan Tembusi Tengkorak Kepala

Ngeri, Wanita Nyaris Buta Kunci Kereta Dibaling Rakan Tembusi Tengkorak Kepala

Seorang wanita dari Ontario, Kanada nyaris buta selepas kunci keretanya tertusuk ke dalam tengkorak kepalanya, lapor The Sun.

Kemalangan ngeri itu berlaku apabila rakannya melemparkan kunci keretanya ketika Renée Lariviere hendak pergi makan malam.

Wanita yang berusia 24 tahun itu menggapai kunci tersebut dengan begitu agresif sehingga menyebabkan kunci itu tertusuk ke dalam mukanya.

Beberapa gambar yang mengerikan dalam kejadian itu memaparkan kunci tersebut tergantung pada mukanya tanpa dipegang dan darah mengalir keluar dari luka.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Wanita tersebut dilihat seakan pasrah kerana takut menjadi buta disebabkan kecederaannya itu.

Menurut laporan The Sun, ia berlaku hanya beberapa saat sebelum dia pergi ke McDonald’s bersama rakan-rakannya.

Renée berkata bahawa dia berasa tertekan dan rasa seperti baru dipukul di muka.

“Rakan saya memandang saya dan berkata jangan bergerak, saya mula panik. Saya sebenarnya tidak mempercayainya, jadi saya berjalan ke bilik air dan melihat diri saya di cermin,” kata Renée.

Selepas melihat wajahnya yang tertusuk kunci, Renée telah menelefon perkhidmatan kecemasan sebelum segera dibawa ke hospital.

Gambar: Kennedy Newsand Media

“Kebimbangan saya adalah mata saya, saya tidak peduli dengan parut,” katanya.

Renée segera diperiksa oleh pakar perubatan dan menjalani imbasan CT. Selepas itu, pakar bedah plastik telah berjaya untuk mengeluarkan kunci dan menjahit luka dimukanya.

Imej dari imbasan menunjukkan kunci itu tertimbus di dalam rongga hidungnya selepas menusuk di tempat yang sangat tepat di mukanya.

Gambar: Kennedy Newsand Media

“Ada doktor datang dari jabatan berbeza untuk berjumpa saya kerana mereka tidak percaya. Saya meminta salah seorang daripada mereka untuk mengambil gambar supaya dia boleh menunjukkan kepada pelajarnya,” kata Renée.

Renée bernasib baik kerana lukanya itu tidak meninggalkan parut dan pulih sepenuhnya tanpa komplikasi.

Selain itu, dia juga turut berkongsikan kejadian tersebut di laman TikTok dan mendapat lebih daripada 10 juta tontonan.

“Saya rasa ia hanya nasib kerana tiada perkara buruk berlaku. Jika ia terkena di tempat lain, ia boleh menyebabkan lebih parah. Saya rasa orang ramai harus lebih berhati-hati.” katanya.

Sumber: The Sun 

Noorliyana Ishak