Siakap Keli
Nurul Izzah, Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan PM
Gambar: Bernama

Nurul Izzah Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan Perdana Menteri

Nurul Izzah Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan Perdana Menteri

SHAH ALAM — Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilaporkan telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Sinar Harian.

Memetik sebuah temubual dengan sebuah akhbar, Nurul Izzah mendedahkan bahawa beliau telah mula berkhidmat sejak 3 Januari lalu.

Tambahnya, beliau akan memberikan fokus terhadap isu kemiskinan, pendidikan, serta latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Perkara ini boleh dimanfaatkan dalam penglibatan saya dengan pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi,” jelasnya.

Selain mahu membaik pulih kembali ekonomi rakyat, salah satu matlamatnya termasuklah bagi memanfaatkan bakat-bakat terbaik Malaysia dalam dan luar kerajaan, maklumnya lagi.

“Peranan baharu ini membolehkan saya memikul tanggungjawab baharu yang sudah pasti mencabar, berikutan masalah ekonomi kita hadapi.

“Bagaimanapun, saya yakin mampu menyumbang kepada evolusi Malaysia yang bukan sahaja mencari pertumbuhan demi pertumbuhan tetapi turut memartabatkan semua lapisan masyarakat dan menyediakan kesaksamaan dalam peluang,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini turut memaklumkan bahawa jawatan yang disandang oleh anaknya tidak dibayar elaun.

Beliau berkata demikian sewaktu hadir pada Program Sambutan Hari Ponggal 2023 Peringkat Parlimen Tambun di SJKT Klebang Ipoh.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?