Siakap Keli
song joong ki umum perkahwinan
Kredit: Soompi

Bintang Korea, Song Joong Ki Umum Kahwin & Isteri Hamil

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki mengumumkan perkahwinannya bersama Katy Louise Saunders yang kini sedang hamil dengan anak pertamanya, lapor Allkpop.

Joong Ki berkongsi momen gembira itu dalam satu surat yang ditujukan kepada peminat rasminya hari ini.

Dalam surat itu Joong Ki berkata dia dan pasangannya mahu membina keluarga yang bahagia dan juga mengalu-alukan kelahiran satu nyawa berharga yang bakal muncul dalam hidup mereka berdua.

“Hello ini Joong Ki. Saya ingin berkongsi janji yang paling gembira dan penting dalam hidup saya dengan anda semua. Saya telah berjanji kepada Katy Louise Saunders, yang sentiasa menyokong dan meluangkan masa bersama, untuk menghabiskan sisa hidup saya bersamanya.

“Dia mempunyai hati yang baik dan telah menjalani kehidupan dengan penuh semangat. Dia juga seorang yang bijak dan hebat serta seorang yang amat saya kagumi. Terima kasih kepadanya, saya menjadi orang yang lebih baik,” katanya dalam surat itu.

Tambah Joong Ki, mereka telah berusaha untuk berpegang dan mengotakan janji masing-masing serta telah mendaftarkan perkahwinan sebagai pasangan berdasarkan cinta dan kepercayaan mereka.

Ujarnya, mereka akan meneruskan perjalanan hidup dengan memiliki tujuan yang sama. Beliau turut berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberi semangat dari awal hingga akhir.

“Saya akan meletakkan lebih semangat dan tanggungjawab untuk menjadi seorang pelakon dan orang yang lebih baik seperti yang anda semua ingin.

“Semoga anda semua kekal sihat dan ceria sehingga kita dapat berjumpa secara peribadi,” kata Joong Ki mengakhiri surat itu.

Disember lalu, media melaporkan pelakon terkenal itu secara terbuka telah bercinta dengan seorang wanita warga British.

Agensinya turut meminta para peminat untuk sentiasa memberi sokongan kepada mereka berdua.

Sumber: Allkpop

BACA: Pelakon Drama “Reborn Rich” Song Joong Ki Pikat Peminat, Fasih Bahasa Inggeris

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana