Siakap Keli
Cuba Lepaskan Tali Pancing Tersangkut Dalam Air Lelaki Dipercayai Dibaham Buaya
Gambar: Sinar Harian

Cuba Lepaskan Tali Pancing Tersangkut Dalam Air, Lelaki Dipercayai Dibaham Buaya

Cuba Lepaskan Tali Pancing Tersangkut Dalam Air, Lelaki Dipercayai Dibaham Buaya

SEMPORNA — Seorang pekerja ladang dilaporkan telah dibaham seekor buaya di ladang Pegagau ketika memancing di sekitar kawasan muara sungai, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 36 tahun dibaham oleh haiwan itu sebelum ditarik ke dalam sungai berkenaan dalam satu kejadian sekitar jam 3.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, susulan kejadian itu, orang awam telah bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung kejadian.

Gambar: Sinar Harian

“Mangsa bersama tujuh rakannya memancing di pinggir kawasan sungai, bagaimanapun tali pancingnya tersangkut di dalam air.

“Mangsa kemudian bertindak mengambil sebatang kayu panjang bagi melepaskan tali pancing berkenaan namun tiba-tiba seekor buaya muncul dan membaham kedua kakinya sebelum dibawa masuk ke dalam air,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Farhan, pada jam 4 petang hari kejadian operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Gambar: Sinar Harian

“SAR giat dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan dibantu pekerja ladang serta penduduk kampung.

“Mayat mangsa ditemui bersama buaya berkenaan, namun ia dibawa semula ke dalam sungai ketika pasukan SAR cuba menghampiri mayat tersebut,” maklumnya lagi.

Maklum Farhan, sehingga kini, mayat mangsa masih belum dijumpai walaupun SAR tetap dijalankan hingga ke hari ini.

Sumber: Sinar Harian 

BACA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?