Siakap Keli
Gambar: Mirror

Cas “Phone” Sambil Tidur, Lelaki Ditemui Maut Terkena Renjatan Elektrik

Cas “Phone” Sambil Tidur, Lelaki Ditemui Maut Terkena Renjatan Elektrik

Seorang pekerja kedai maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya yang sedang dicas ketika tidur, lapor Mirror.

Puttawat Kamwan, 34, dilaporkan hilang dan tidak masuk kerja selama tiga hari. Rakan sekerjanya yang bimbang telah mengujungi apartmennya di wilayah Samut Prakan, Thailand pada 26 Januari lalu.

Kunjungan itu telah menemukan mereka dengan mangsa yang sedang rebah dan mulai reput di atas katil dengan sebelah lengannya berada di atas telefon bimbitnya.

Rakaman kejadian menunjukkan keadaan bilik tidur pekerja dengan kord pengecas kuasa betul-betul berada di sebelah katilnya. Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil dan kertas siasatan berkenaan kejadian dibuka oleh pihak polis.

Kredit Viral Press

Rakan sekerja mangsa, Pantatip Kanthong, 22, berkata: “Kami bekerja di kedai barang kemas. Dia tidak hadir selama tiga hari dan tidak menjawab telefonnya. Selepas habis kerja, kami pergi ke biliknya dan mendapati pintunya terbuka. Kami masuk dalam dengan tuan rumah dan menemuinya.”

Kredit Viral Press

Pemilik bangunan, Nattanit Hawharn, 31, berkata mangsa tinggal di rumah berkenaan seorang diri dan biasanya hanya diam di dalam biliknya. Jadi dengan rutinnya yang sebegitu, tuan rumah berkenaan tidak terfikir akan ada apa-apa perkara yang buruk berlaku.

“Dia biasanya diam dan berehat di biliknya atau minum bir selepas penat bekerja. Kami melihat pintunya dibuka. Kami ingatkan dia hanya sakit,” kata tuan rumah tersebut.

Pegawai penyiasat Kapten Polis, Pongnarin Nontanok dari Balai Polis Bang Phil berkata bahawa mereka tidak menemui sebarang kesan jenayah atau aktiviti mencurigakan pada peringkat ini.

“Puttawat Kamwan masih berbaring di atas katilnya. Tangan kanannya turut menyentuh telefon yang sedang dicas. Kami tidak menemui sebarang kesan jenayah. Berdasarkan bukti, dia telah mati sekurang-kurangnya tiga hari.

“Mayatnya ditemui sudah kembung dan bau busuk sudah memenuhi ruangan biliknya,” kata Pongnarin Nontanok.

Kredit Viral Press

Tambah Pongnarin lagi, Puttawat mungkin telah menjadi mangsa kepada litar pintas berdasarkan kedudukan lengannya yang terletak bersebelahan dengan telefon yang sedang dicas.

“Laporan siasatan awal mendapati terdapat telefon dan kabel pengecas, jadi punca kematian disyaki terkena renjatan elektrik. Ini disahkan hasil bedah siasat di Hospital Ramathibodi di Chakri Naruebodindra di Bankok,” kata Pongnarin merumuskan kes berkenaan.

Sumber: Mirror

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka