Siakap Keli
Kredit: JBPM

Tragedi Jala Udang, Guru Lelaki Ditemukan Lemas Dalam Sungai

Tragedi Jala Udang, Guru Lelaki Ditemukan Lemas Dalam Sungai

Seorang guru lelaki yang berusia 41 tahun ditemui lemas selepas terjatuh dalam sungai di Kampung Batu 6, berdekatan Jalan Sanglang hari ini.

Memetik Astro Awani, Pengarah Bomba Negeri Kedah, Sayani Saidin mengatakan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut dalam pada jam 4.59 petang.

Beliau berkata, anggota bomba dan penyelamat bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra telah dikerah untuk ke lokasi serta merta.

Ketika sampai ke lokasi kejadian, pasukannya telah melakukan operasi percarian di permukaan air sungai terlebih dahulu.

“Setiba di lokasi,  anggota penyelamat bertindak melakukan pencarian di permukaan air.”

Difahamkan, guru lelaki tersebut telah ditemani rakannya ketika menjala udang dan mangsa didapati cuba untuk melepaskan jala yang tersangkut dalam sungai.

“Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya sedang menjala udang bagaimanapun, mangsa turun ke dalam sungai selepas jala tersangkut.

“Mayat Khairul Azuwar Muhammad Saud, 41, ditemui jam 5.39 petang tidak jauh dari lokasi mangsa dipercayai hilang,” jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI pada hari ini.

Tambah Sayani, mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BACA: Menu Rahmah: Makan Tengah Hari Dan Malam RM5 Di 15,000 Premis

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma