Siakap Keli
website bajet gaji bulanan tular
Gambar: Bajetgaji.meyadam.com

“Website” Bajet Gaji Bulanan Tular, Jadi Panduan Kira Jumlah Keperluan, Kemahuan & Simpanan 

“Website” Bajet Gaji Bulanan Tular, Jadi Panduan Kira Jumlah Keperluan, Kemahuan & Simpanan 

Setiap kali gaji mesti ada daripada kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan kepada keperluan dan kemahuan. Bahkan ada yang akan menghabiskan gaji mereka ke arah perkara yang tidak menjadi keperluan dan lebih kepada kemahuan.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular mengenai satu laman web formula kewangan yang boleh menjadi garis panduan untuk orang ramai membuat pengiraan bajet bulanan.

Untuk pengetahuan, laman web Bajet Gaji Bulanan tersebut telah dibangunkan oleh seorang pembangun web tempatan yang dikenali sebagai Mey Adam.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini untuk mengetahui cara penggunaan laman tersebut (jumlah yang dipamerkan adalah sebagai contoh kepada pembaca).

Langkah pertama anda perlu memasukkan gaji bersih anda untuk mengetahui pengiraan mengikut formula 50/30/20 dan bajet 70/20/10.

Kredit: Bajetgaji.meyadam.com

Maksud formula 50/30/20 dan 70/20/10

Formula 50/30/20 dan 70/20/10 adalah pembahagian pendapatan gaji bersih anda kepada tiga kategori perbelanjaan iaitu keperluan, kehendak dan simpanan. Ia adalah untuk menentukan berapa peratus wang perbelanjaan anda yang masih ada selepas pembahagian tersebut.

50% adalah keperluan iaitu kos tetap yang perlu dibayar pada setiap bulan seperti contoh rumah, kereta, insurans dan bil-bil utiliti dan 30% adalah kemahuan atau komitmen yang tidak tetap dan berubah-ubah sebagai contoh duit untuk kita pergi melancong, membeli belah dan perkara-perkara yang dapat menambah keinginan kita.

Seterusnya, 20% merupakan simpanan kecemasan atau pelaburan seperti perlindungan insurans takaful untuk masa hadapan.

Manakala untuk formula 70/20/10 ini turut membawa maksud yang sama dan ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengurus kewangan mereka.

Anda dapat melihat contoh dibawah pembahagian keperluan, kemahuan dan simpanan yang perlu anda bahagikan setelah mengisi bahagian gaji bersih.

Kredit: Bajetgaji.meyadam.com

Langkah kedua anda perlu memasukkan perbelanjaan keperluan seperti bilik/rumah sewa, elektrik, air, internet, bil telefon, keluarga, hutang/pinjaman (pelajaran/peribadi), kenderaan, makan minum, insuran, dan komitmen.

Kesemua perkara yang berkaitan dengan perbelanjaan anda perlu diisi untuk mengetahui jumlah keperluan anda pada setiap bulan.

Kredit: bajetgaji.meyadam.com

Langkah ketiga anda akan mendapatkan jumlah keperluan atau komitmen anda dan baki bajet keperluan daripada 50 peratus dan 70 peratus sama ada negatif atau positif.

Kredit: bajetgaji.meyadam.com

Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada anda yang mengalami masalah untuk mengurus kewangan berdasarkan bajet bulanan anda.

Sumber: bajetgaji.meyadam.com

BACA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

Shafikah