Siakap Keli
Unit Pangsapuri Terbakar
Kredit Sinar Harian

Satu Unit Pangsapuri Terbakar, Mangsa Ditemui Rentung

Satu Unit Pangsapuri Terbakar, Mangsa Ditemui Rentung

Seorang individu ditemukan dalam keadaan rentung selepas sebuah unit Pangsapuri di Flora Damansara terbakar malam tadi, lapor Sinar Harian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norawam Khamis berkata, panggilan kecemasan telah diterima oleh Pusat Gerakan Operasi Selangor pada pukul 9.13 malam tadi.

“Seramai 25 anggota dan pegawai serta lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Kota Anggerik, BBP Sungai Buloh, BBP Seksyen 7 dan BBP Puchong bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Tambahnya, pasukan penyelamat telah tiba di lokasi kejadian pada jam 9.22 malam bagi membantu memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah unit di tingkat 21 pangsapuri berkenaan terbakar hampir 90 peratus.

“Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka