Siakap Keli
wawa hadiahkan rumah untuk ibu bapa
Gambar: Tangkap layar video tular

Berhasil Pujuk Pindah Semenanjung, Wawa Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Bapa

Berhasil Pujuk Pindah Semenanjung, Wawa Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Bapa

Selepas berjaya memujuk untuk menetap di Semenanjung, pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal menghadiahkan sebuah rumah kepada kedua ibu bapa sebagai tanda penghargaan.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, berkongsi detik gembira itu di laman media sosial miliknya dan meluahkan rasa syukur serta gembira apabila ibu bapa mereka membuat keputusan demikian.

Ujar pelakon berusia 32 tahun itu, apabila ibu bapanya bersetuju untuk tinggal di Semenanjung, dia membuat keputusan untuk membelikan rumah supaya mereka mempunyai tempat tinggal yang selesa.

“Mula-mula nak beli rumah dua tingkat. Tetapi apabila difikir balik, mereka hanya tinggal berdua di rumah itu dan sudah berusia untuk menggunakan tangga.

“Jadi wawa cari rumah setingkat,” katanya di laman Instagram.

Difahamkan, selebriti tersebut membeli sebuah rumah lama dan telah melakukan sesi pengubahsuaian dengan mengupah pereka bentuk dalaman untuk menukarkannya menjadi sebuah kediaman mewah.

Gambar: Tangkap layar video tular

Pada awalnya, Wawa merasakan agak risau apabila dia melihat keadaan rumah yang agak lama itu kerana harus memikirkan cara untuk mencantikkannya.

Namun, dia tekad untuk melakukan yang terbaik setelah memikirkan ibu bapanya akan tinggal berdekatan dengan keluarganya.

“Bila tengok keadaan rumah yang agak lama, telan air liur juga. Fikir macam mana nak bagi lawa balik.

“Kepada mak ku sayang yang melahirkan Wawa di dunia. Walaupun wawa tidak membesar dengan mak, mak kena tahu Wawa sayang mak dan bapa dunia akhirat,” luah Wawa mengenai perasaannya.

Kata netizen

Perbuatan murni Wawa mendapat perhatian ramai kerana membalas jasa dengan membahagiakan kedua ibu bapanya dengan sebuah rumah.

Terdapat juga sesetengah selebriti yang meninggalkan komen menghargai jasa Wawa dan mendoakan rezekinya sekeluarga melimpah ruah.

“Wow,” kata Fasha Sandha sambil meninggalkan bentuk hati di akhir perkataan.

“Allhamdulillah, amin. Semoga rezeki bertambah barakah, apabila kita baik pada ibu bapa kita maka rezekinya akan bertali arus bagai air sungai yang mengalir. Kak Ina proud of you,” tambah pelakon veteran Zarina Zainuddin.

“Post Wawa ni mengundang bawang. Doa dari parents yang masih hidup itu tidak ternilai sekali jika dibanding dengan segala kemewahan yang kita ada. Alhamdulillah Wawa punya rezeki itu,” kata netizen.

“Entah kenapa saya pun turut menangis. Tahniah Wawa sebab bahagiakan ibu ayah,” ujar warganet lagi.

@wawazainal92

Akhirnya mak bapak setuju duduk semenanjung . Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak & bapak❤️

♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Sumber: Wawa Zainal via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana