Siakap Keli
Lelaki Berjubah Mirip Dominic Toretto
Kredit: Razif Rameli | Facebook

Lelaki Mirip Dominic Toretto Ditemui Beli Ikan

Kelibat lelaki berjubah mirip Dominic Toretto cetus tanda tanya apabila dilihat berada tepi jalan memilih beberapa jenis ikan yang dijual.

Siapa Dominic Toretto? Bagi yang pernah tengok filem “Fast & Furious” mesti mengenalinya yang merupakan antara watak utama siri tersebut yang dilakonkan oleh Vin Diesel, pelakon aksi terkenal.

Sekali pandang memang macam dia daripada kepala botak, berbadan besar dan tinggi yang hampir sama menyebabkan warganet menggelarnya Dominic Toretto.

Gambar tersebut tular selepas perkongsian Razif Rameli di Facebook berjaya menarik perhatian warganet.

Menurut Razif, lelaki yang lengkap berjubah itu adalah warga Pakistan dengan ciapan, “Toretto versi Pakistan,” tulisnya.

Tidak berakhir di situ, rata-rata komen yang ditinggalkan berkisar tentang gelagat Toretto yang sedang memilih ikan baung sekali lagi mencuit hati warganet.

Berikut antara komen yang ditinggalkan:

Lelaki Berjubah Mirip Dominic Toretto
Kredit: Razif Rameli | Facebook

“Betul la die tu, semalam dia sampai,” kata Johar Saprey.

Lelaki Berjubah Mirip Dominic Toretto
Kredit: Razif Rameli | Facebook

“Wow sebiji,” kata Zary Pilus.

Lelaki Berjubah Mirip Dominic Toretto
Kredit: Razif Rameli | Facebook

Di bawah adalah pautan asal penampakan kelibat lelaki berjubah yang dikatakan mirip Dominic Toretto.

 

Pelanduk dua serupa ada di mana-mana

Jika di Malaysia kita dikejutkan dengan kelibat Dominic Toretto versi ‘bhaiyya’ Pakistan, jangan terkejut pula bahawa ‘fenomena’ pelanduk dua serupa ini turut berlaku di luar negara.

Menariknya, kali ini ia melibatkan seorang ‘tauke besar’ produk kereta elektrik Tesla iaitu Elon Musk.

Keratan artikel terdahulu

Imbas kembali artikel terdahulu, seorang lelaki di China menggemparkan ramai pihak apabila dia memiliki raut wajah serta gaya saling tidak tumpah seperti Elon Musk.

Merujuk Mothership, lelaki tersebut yang bernama Yi Long Musk pada awalnya dilarang untuk menyiarkan sebarang video di aplikasi sosial terkenal di China iaitu Weibo dan Douyin.

Larangan tersebut disebabkan Yi Long melanggar garis panduan komuniti kedua-dua aplikasi berkenaan – mungkin disebabkan ada kandungan tidak sesuai dimuat naik.

Difahamkan juga pada ketika itu, boleh dikatakan semua video dalam akaun Douyin miliknya sudah dipadam, manakala video di Weibo hanya berbaki tiga lagi yang masih terselamat.

Menariknya, ia turut mendapat perhatian Elon Musk yang berkata dia mahu berjumpa dengan Yi Long sekiranya ‘hukuman’ tersebut adalah benar.

BACA JUGA: Pelanduk Dua Serupa, Elon Musk Berminat Nak Jumpa Lelaki China Mirip Wajahnya

Sumber: Razif Remeli | Facebook

Florence Nuar