Siakap Keli
Botol Dilempar Cimpanzi 
Gambar: AsiaWire

Mata Pelancong Cedera Kena Botol Dilempar Cimpanzi 

Mata Pelancong Cedera Kena Botol Dilempar Cimpanzi 

Seorang gadis terkejut selepas seekor cimpanzi membaling botol ke arahnya ketika dia cuba merakam video haiwan itu dengan telefonnya.

Rakaman menunjukkan cimpanzi tersebut berada di dalam kandangnya di Zoo Nanning di China.

Cimpanzi itu kemudiannya bertindak ganas dengan melompat dan membaling botol tersebut ke arahnya.

Ibu kepada gadis itu berkata, mata anaknya telah tercedera susulan daripada insiden tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Gambar: AsiaWire

Mata gadis yang tidak diketahui umurnya itu dikatakan hanya mengalami kecederaan kecil selepas ia mula berdarah akibat botol yang dilempar cimpanzi itu.

Zoo Nanning memberitahu kepada media tempatan bahawa mereka sedang menyiasat kes tersebut dan tidak boleh mengulas sebelum laporan selesai.

Insiden tersebut telah mencetuskan perdebatan yang hangat dalam kalangan peminat cimpanzi lain dengan sebahagian daripada mereka menuduh pelancong menyeksa haiwan berkenaan.

Baca: Jawatan Disandang Anak MB Kelantan Dan Timbalan MB Didakwa Ikut Prosedur

Namun begitu, ada yang menyatakan kebimbangan mereka dengan mendakwa cimpanzi tersebut boleh memberi ancaman kepada manusia dan meminta ia dikurung.

Memetik Metro UK, ia berlaku hanya beberapa minggu selepas satu lagi insiden dengan seekor cimpanzi di zoo yang sama.

Ketika seorang wanita sedang berdiri di luar pagar keselamatan, haiwan berkenaan telah melempar lumpur ke arahnya tetapi sasarannya tidak kena.

Cimpanzi itu kemudiannya bertindak untuk menyerang pengunjung yang lain.

Baca: Duit Lesap, Sami 91 Tahun Meninggal Dunia Akibat Stres Lepas Dapat Tahu Kena “Scam”

Menurut media tempatan, wanita yang bernama Ms Tan mengatakan bahawa cimpanzi itu seolah-olah mengikutnya di sekeliling kandang tidak kira ke mana dia pergi.

Akhirnya, dia berjaya bersembunyi di belakang dinding dan mula mengambil swafoto bersama haIwan berkenaan, namun terpaksa bersembunyi di bawah dinding kerana dia hampir dipukul.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada kedua-dua kejadian ini berpunca daripada beruk yang sama.

Sumber: Metro UK

Noorliyana Ishak