Siakap Keli
Lempar Duit Pada Pekerja
Kredit Twitter

Tindakan Biadab Pemilik Kereta Mewah Lempar Duit Pada Pekerja Undang Kemarahan Netizen

Tindakan Biadab Pemilik Kereta Mewah Lempar Duit Pada Pekerja Undang Kemarahan Netizen

Tular di media sosial tentang sebuah video yang memaparkan layanan biadab pelanggan yang menaiki kenderaan mewah di sebuah stesen minyak di China.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @RealXavier berdurasi 52 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak 1.7 juta setakat artikel ini ditulis.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat pekerja di stesen minyak tersebut sedang membantu pelanggan sebuah kenderaan untuk mengisi petrol di kenderaannya.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Kredit Twitter

Setelah selesai pekerja tersebut mengisi minyak, pelanggan tersebut dapat dilihat berkelakuan tidak bermoral apabila dia bertindak melemparkan duit berkenaan seakan-akan tidak menghormati perasaan pekerja itu.

Tindakan biadab pelanggan tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia.

Kejadian itu dipercayai telah berlaku di negara China dan di mana lokasi tepatnya masih tidak diketahui berikutan tidak dinyatakan di dalam video berkenaan.

Pelanggan biadab tersebut dilihat menaiki sebuah kenderaan mewah berjenama Mercedes Benz berwarna hitam.

Duit yang dicampak oleh pelanggan tersebut kemudiannya terpaksa dipungut pekerja wanita stesen minyak berkenaan satu persatu. Reaksi pekerja itu sangat sugul dan kesal atas perbuatan pelanggan yang biadap tersebut.

Kredit Twitter

Di penghujung video, dapat dilihat pekerja itu seperti sedang mengesat air matanya selepas dilayan sedemikian rupa oleh pelanggan berkenaan.

Kredit Twitter

Menerusi ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter tersebut, pelanggan yang menaiki kenderaan terbabit dikatakan telah dihalang dan memasuki senarai hitam di setiap stesen minyak di China. Mereka juga menolak untuk memberikan layanan kepada pelanggan terbabit.

Perkongsian video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial berkenaan. Ada yang memberi komen menyokong pekerja wanita terbabit dan ada juga yang mengkritik pelanggan tersebut.

“Orang yang jujur akan hidup dengan penuh cabaran tetapi ganjaran pasti sangat berharga,” tulis seorang netizen yang memberi semangat kepada pekerja wanita tersebut.

“Saya dapat rasakan kesedihannya. Kalau saya diperlakukan sebegitu pasti akan menangis. Manusia perlu sedar apa yang mereka ada sekarang tidak akan kekal buat selamanya,” tulis seorang netizen.

“Kalau anda kaya sekarang jangan pandang rendah pada orang lain atau ia boleh jadi terbalik dalam sekelip mata sahaja,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka