Siakap Keli
tular lelaki mengamuk di sekolah
Gambar: SK Taman Warisan Puteri

Tular Lelaki Mengamuk Di Sekolah, Rupanya Hanya Latihan Demonstrasi Keselamatan

Tular Lelaki Mengamuk Di Sekolah, Rupanya Hanya Latihan Demonstrasi Keselamatan

SEREMBAN — Tular baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mengamuk sambil memegang objek di perkarangan sebuah sekolah.

Bagaimanapun, insiden tersebut sebenarnya hanyalah latihan demonstrasi keselamatan sahaja.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas pihak sekolah, ia hanya latihan demontrasi untuk menghadapi orang mengamuk.

Tambahnya lagi, ia bertujuan untuk mendidik murid dan guru agar lebih peka sewaktu berdepan detik cemas di sekolah.

BACA: Polis Tahan Lelaki Didakwa Mengamuk Bersama Pisau Potong Daging Di Pandan Indah

“Objektifnya adalah sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar serta guru sekiranya kejadian ini berlaku di sekolah.

“Persediaan untuk bertindak menyelamatkan diri sekiranya kejadian berlaku di sekolah,” tulis SK Taman Warisan Puteri hari ini.

Menjengah ke ruangan komen di kiriman itu, rata-rata netizen menarik nafas lega dan dalam masa yang sama memuji inisiatif yang dilakukan oleh sekolah terbabit bagi memberikan pendedahan kepada pelajar sekiranya situasi tersebut berlaku.

Terdahulu, video berkenaan tular di media sosial selepas seorang lelaki dipercayai naik angin dan mendakwa anaknya dipukul oleh salah seorang guru di sekolah berkenaan.

Dalam klip rakaman berdurasi 50 saat tersebut, lelaki itu dilihat sedang berlegar-legar dan berjalan mengelilingi tapak perhimpunan sekolah itu sambil memegang objek di tangannya.

Difahamkan, insiden itu cuba diredakan oleh dua orang guru yang berada bersama lelaki terbabit.

Perkara itu mencetuskan kebimbangan orang ramai ekoran melibatkan keselamatan dan tidak mahu perkara yang tidak dingini berlaku terhadap pelajar-pelajar dan guru di sekolah tersebut.

Sumber: Facebook Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri

BACA JUGA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?