Siakap Keli
Maut Lepas Selamat Lahirkan Anak
Gambar: BBC

Wanita Ditemui Maut Lepas Selamat Lahirkan Anak Sendirian Di Rumah

Wanita Ditemui Maut Lepas Selamat Lahirkan Anak Sendirian Di Rumah

Seorang wanita warganegara Indonesia ditemui maut selepas selamat melahirkan anaknya secara sendirian di rumahnya di Kampung Perigi Jernih, Padang Lebar pada petang Selasa lalu, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, penemuan mayat wanita itu disedari oleh suami mangsa yang juga warga Indonesia berusia 33 tahun.

Suami mangsa menemui isterinya berusia 32 tahun dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri selepas selamat melahirkan anak ketiga mereka di rumah berkenaan kira-kira jam 3 petang.

“Pada jam 6 petang, pihak Klinik Kesihatan Rembau telah datang untuk melihat keadaan isterinya dan mengesahkan isterinya meninggal dunia.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Mayatnya telah dibawa ke Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat pada hari Rabu, manakala bayi perempuan dilahirkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa lalu.

Tambah Hazri Mohamad, bayi perempuan berkenaan juga ditempatkan di unit jagaan bayi di hospital yang sama.

“Suaminya kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 8.20 malam Selasa.

“Berdasarkan siasatan, suaminya bekerja sebagai buruh binaan, manakala isterinya seorang suri rumah dan mempunyai dua lagi anaknya yang turut tinggal di rumah berkenaan.

“Bagaimanapun hasil siasatan lanjut mendapati kedua-duanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di negara ini dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi. 

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka