Siakap Keli
Hidup Semula Selepas Lapan Bulan
Kredit Daily Mail, Shutterstock

Lelaki Disahkan Mati Dan Mayat Dah Dibakar Ditemui Hidup Semula Selepas Lapan Bulan

Lelaki Disahkan Mati Dan Mayat Dah Dibakar Ditemui Hidup Semula Selepas Lapan Bulan

Seorang lelaki berusia 36 tahun dari India yang disahkan meninggal dunia dan mayatnya telah dibakar ditemui hidup semula dan sihat selepas lapan bulan berlalu, lapor Daily Mail.

Polis dari bandar Margao di Goa menemui lelaki yang bernama Deepak Balakrishnan Kandi itu di sebuah hotel di kawasan jalan stesen lama pada malam Selasa lalu.

Lelaki tersebut kemudiannya dipindahkan ke tahanan polis Kerala. Selepas menyedari bahawa mayat yang dibakar pada sebelum ini bukan miliknya, lapor The Times of India.

Sumber polis berkata, Deepak telah hilang pada 7 Jun lalu di bandar Meppayur, yang terletak di daerah Kerala dan sekitar 540 kilometer di selatan Margao.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Bagaimanapun, pada 17 Julai penemuan satu mayat di pantai daerah Kerala telah disangka sebagai mayat Deepak.

Keluarga Deepak juga telah selamat melakukan upacara pengebumian.

Namun beberapa hari kemudian polis Kerala menyedari mayat yang dibakar tersebut sebenarnya milik lelaki lain.

Mayat yang ditemui itu dipercayai milik lelaki bernama Irshad, penduduk asli Panthirkkara di Kerala yang juga dilapor telah hilang.

Ujian DNA yang dijalankan ke atas sampel mayat Deepak mendapati bahawa pihak polis telah tersilap mengenal pasti identiti mayat yang sebenarnya.

Pencarian Deepak kemudiannya dilancarkan dan siasatan berkenaan perkara itu ditukarkan ke cawangan jenayah.

Pada Selasa, polis bandar Margao ditugaskan buat pengawasan rutin di hotel.

Semasa semakan rawak senarai tetamu hotel, mereka telah menemui nombor Aadhar.

Nombor Aadhar ialah nombor identiti unik yang boleh diperoleh secara sukarela oleh warga India dan warga asing yang bermastautin.

Nombor itu telah mendedahkan identiti terbaru Deepak.

Dia kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke balai polis Kerala.

Deepak memberitahu polis bahawa dia telah mengembara ke pelbagai tempat termasuk Jaipur, Delhi dan Punjab, sebelum tiba di Goa baru-baru ini.

Menurutnya lagi, dia telah melakukan beberapa kerja separuh masa di Bogmalo, sebuah kampung di Goa.

Deepak yang berpindah ke hotel di Margao telah memudahkan pencarian polis yang akhirnya berjaya menjumpainya setelah menghilangkan diri selama lapan bulan.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka