Siakap Keli

USAHANITA Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Wanita Bumiputera Menerusi Program Jelajah KONVENITA

‘Wanita Dinamika Tunjang Keluarga Perpaduan’

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA) telah ditubuhkan 38 tahun yang lalu dan kini mempunyai lebih 55,000 orang ahli di seluruh Negara terdiri dari usahawan wanita kecil dan sederhana, Ibu Tunggal, Kurang Upaya, Orang Asli, Usahawan Muda, Usahawan Asnaf dan Usahawan Sosial.

Dalam keadaan demikian, USAHANITA julung kalinya akan menganjurkan program JELAJAH KONVENSYEN USAHAWAN WANITA 2022-2023 – dengan tema WANITA DINAMIKA TUNJANG KELUARGA PERPADUAN di setiap negeri2 yang akan dilaksanakan oleh ahli ahli USAHANITA Cawangan Negeri-Negeri masing masing. Bermula dari bangun dan bangkit untuk membina semula perniagaan mereka, usahawan wanita amat memerlukan program julung kali ini di Negeri2 bagi membantu dan memberi segala pertolongan dan bantuan untuk mereka terus bangkit dan bangun bagi memulihkan dan meneruskan perjuangan mereka demi ekonomi keluarga dan Negara.

USAHANITA Malaysia pada tahun 2017 dan 2019 telah menganjurkan program KONVENITA peringkat nasional. Program KONVENITA ini telah menunjukkan komitment membolehkan usahawan USAHANITA berkongsi ilmu dan pengalaman di kalangan mereka dan mempelajari ilmu pengetahuan baru dan terkini terutama dalam bidang digtial dan teknologi serta teknik pemasaran dan penjualan terkini melalui pendedahan kepada tokoh-tokoh usahawan dan pakar pakar yang berjaya.

Pada : 3, 4 & 5 Februari 2023 @ Jumaat hingga Ahad
Tempat : IDCC, Shah Alam, Selangor
Masa : Bermula 9:00 pagi sehingga 10:00 malam
Peserta Pameran : 100 booth serta 20 penceramah

Program KONVENITA bukan sahaja telah merapatkan saf usahawan di kalangan USAHANITA tetapi turut membantu melengkapi mereka dengan ilmu dan kebolehan dalam teknik perniagaan terkini. Ia juga turut membantu membangunkan usahawan cemerlang dalam berbagai jenis perniagaan di seluruh negara dan global.

Seperti yang kita sedia maklum, gejala pendemik Covid 19 dan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini telah memberi kesan kepada usahawan USAHANITA yang memerlukan bantuan dan bimbingan untuk bangun meneruskan perniagaan demi meneruskan kehidupan mereka. Apatah lagi dengan keadaan inflasi dan krisis kekurangan makanan yang menyebabkan kenaikan sara hidup rakyat.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai USAHANITA dan program KONVENITA, sila hubungi Setiausaha Negeri Usahanita Cawangan Negeri Selangor di talian 0123085615

Amira

Love yourself.