Siakap Keli
burung peliharaan attack orang
Kredit TVBS News

Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara, Burung Peliharaan “Attack” Orang Tengah “Jogging”

Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara, Burung Peliharaan “Attack” Orang Tengah “Jogging”

Seorang lelaki Taiwan dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda USD91,350 (RM388,000) selepas burung kakak tua peliharaannya mencederakan seorang doktor, lapor BBC.

Menurut Agensi Berita Pusat Taiwan, Dr Lin mengalami sendi pinggul terkehel dan patah tulang pelvis selepas terjatuh akibat perbuatan burung tersebut.

Burung berkenaan dilaporkan telah mendarat di belakang badan Doktor tersebut dan mengejutkannya dengan mengepakkan sayapnya berulang kali.

Mahkamah melaporkan bahawa pemilik burung itu telah membawa dua ekor burung kakak tua ‘macaw’ untuk terbang di sekitar tempat Dr Lin berjoging.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Dr Lin menyaman pemilik macaw tersebut kerana kecederaan akibat kecuaian. Beliau telah membuat tuntutan sivil untuk pampasan bagi kerugian kewangannya.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa dia telah dimasukkan ke hospital selama seminggu akibat kecederaannya dan tidak dapat bekerja selama lebih setengah tahun. Selain itu beliau juga memerlukan enam bulan untuk pulih termasuk tiga bulan penjagaan khas.

Peguamnya memberitahu TVBS News bahawa Dr Lin ialah seorang pakar pembedahan plastik, dan tugasnya memerlukannya untuk berdiri dalam tempoh yang lama bagi melakukan pembedahan.

Justeru, kecederaan yang dialaminya telah membawa kepada kerugian kewangan yang besar kepada dirinya.

“Dia kini boleh berjalan, tetapi jika dia berdiri lama, masih ada rasa kebas,” kata peguam itu.

Seorang wakil dari bahagian pentadbiran Mahkamah Daerah Tainan memberitahu media bahawa kes itu ‘jarang’ berlaku. Malah ia tidak pernah dilihat berlaku di mana-mana mahkamah sivil sejak sedekad lalu.

Mahkamah memutuskan bahawa kejatuhan Dr Lin berpunca daripada kecuaian pemilik burung berkenaan.

Menurut Liberty Times, hakim berkata bahawa saiz macaw yang setinggi 40cm dengan rentang sayap 60cm perlu sentiasa diberikan perhatian. dan langkah berjaga-jaga. Kerana ia adalah haiwan yang sangat besar dan boleh merbahayakan.

Agensi Berita Pusat berkata hukuman penjara itu diberikan “atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tidak disengajakan”.

Pemilik burung berkenaan berkata bahawa dia menghormati keputusan mahkamah tetapi berhasrat untuk membuat rayuan.

Rayuan itu dibuat atas alasan bahawa macaw bukanlah haiwan yang agresif dan nilai pampasan tersebut juga “terlalu tinggi”.

Sehingga kini bagaimana nasib burung macaw itu masih tidak jelas.

Sumber: BBC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka