Siakap Keli
bayi gempa bumi syria runtuhan
Kredit: AFP

Bayi Berjaya Dikeluarkan Hidup-Hidup Dari Runtuhan

Bayi Berjaya Dikeluarkan Hidup-Hidup Dari Runtuhan

Seorang bayi baru lahir ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan dalam kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye-Syria baru-baru ini.

Memetik laporan AFP, bayi tersebut telah ditemui oleh saudaranya dalam runtuhan bangunan rumahnya, ketika mereka sedang mencari jasad ahli keluarga yang terkorban dalam insiden tersebut.

Ketika diselamatkan, tali pusat bayi berkenaan didapati masih bersambung dengan ibunya. Malangnya, ibu bayi berkenaan dilapor terkorban.

Difahamkan, bayi tersebut merupakan satu-satunya ahli keluarga tersebut yang terselamat, manakala saudara yang lain pula ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Video menyelamat mangsa gempa bumi tular di media sosial

Terdahulu, tular rakaman menunjukkan seorang lelaki berlari dari kawasan runtuhan bangunan yang asalnya memiliki empat tingkat, sambil membawa seorang bayi tersebut yang diselaputi debu.

Beberapa individu lain, dipercayai keluarga dekat bayi berkenaan turut dilihat bergegas menghulurkan bantuan kepada bayi berkenaan, antaranya selimut untuk memanaskan badannya.

Bayi terbabit kemudian telah dikejarkan ke hospital berdekatan di Afrin, sementara mereka yang berada di lokasi runtuhan bertungkus lumus mengesan ahli keluarganya yang lain.

Difahamkan, ibu dan ayah, empat adik beradik serta seorang ibu saudaranya bagaimanapun ditemui maut dalam runtuhan tersebut. Hanya bayi itu ditemui hidup dibawah runtuhan.

Masa semakin suntuk

AFP turut berkongsi beberapa keping foto keadaan bayi berkenaan ketika menerima rawatan. Kesan-kesan luka dan calar dikesan di bahagian badan bayi tersebut. Manakala, jarinya dilihat disambungkan dengan tiub titisan intravena.

bayi gempa bumi syria runtuhan
Kredit: AFP

Menurut doktor yang merawatnya, dahi dan jari bayi itu bewarna kebiruan ketika dihantar ke hospital, dipercayai akibat cuaca sejuk melampau. Dia bagaimanapun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bayi tersebut turut diberikan susu dan badannya telah dihangatkan bagi memulihkan semula suhu tubuhnya.

Semalam, turut viral sekeping gambar yang menyayat hati menunjukkan seorang bapa memegang erat tangan anaknya yang maut dalam kejadian gempa itu.

Gambar berkenaan dipercayai diambil di daerah Kahramanmaras iaitu kawasan berdekatan pusat gempa. Dalam gambar tersebut, Mesut Hancer dilihat terduduk sambil memegang tangan mayat anaknya yang terhempap dengan runtuhan bangunan.

Berdasarkan gambar tersebut, mangsa dipercayai berada di atas tilamnya sebelum maut dihempap runtuhan bangunan.

Gambar: AFP

BACA: Sayu, Kucing Berjaya Diselamatkan Dalam Runtuhan Gempa

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma