Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Luluh Hati, Bapa Pegang Tangan Anak Maut Dalam Runtuhan
Sekeping gambar yang menyayat hati menunjukkan seorang bapa memegang erat tangan anaknya yang maut dalam kejadian gempa di Turkeye menjadi viral sejak semalam.
Gambar berkenaan dipercayai diambil di daerah Kahramanmaras iaitu kawasan berdekatan pusat gempa. Dalam gambar tersebut, Mesut Hancer dilihat terduduk sambil memegang tangan mayat anaknya yang terhempap dengan runtuhan bangunan.
Berdasarkan gambar tersebut, mangsa dipercayai berada di atas tilamnya sebelum maut dihempap runtuhan bangunan.

Gambar bapa pegang tangan anak yang maut dalam runtuhan tersebut telah menjadi viral dan mengundang simpati warga dunia.
Dalam pada itu, media melaporkan lebih 5,000 orang maut dan ratusan bangunan musnah setakat ini. Pada masa yang sama, mangsa-mangsa yang terperangkap dan menanti untuk diselamatkan pula berdepan dengan pelbagai risiko kamatian. Antaranya akibat kecederaan, kelaparan dan juga kesejukan.

WHO turut memberi amaran bahawa angka korban salah satu bencana terburuk abad ini boleh meningkat sehingga 20,000 orang.
Badan itu juga berkata, bencana yang sama juga boleh menjejaskan kira-kira 23 juta penduduk, termasuk kira-kira 1.4 juta kanak-kanak.
Manakala UNICEF pula berkata, angka korban kanak-kanak di Turkeye dan Syria boleh mencecah ribuan orang.
Menurut Timbalan Presiden Turkiye, Fuat Oktay berkata, seramai 3,419 orang maut dan 20,534 lagi mengalami kecederaan, setakat semalam.
Manakala, angka kematian yang disahkan di Syria pula meningkat kepada 1,602, sekali gus menjadikan angka korban bagi kedua-dua negara adalah 5,021.
Agensi pengurusan bencana Turkiye berkata, mereka menerima 11,342 laporan bangunan rosak dan 5,775 daripadanya telah disahkan.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa juga mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi besar, lapor Xinhua.
Keputusan itu diambil bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kajian selepas bencana dapat dijalankan dengan cepat, katanya pada sidang media.
Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Türkiye pada Isnin telah meningkat kepada 3,549, kata Erdogan.
Sebanyak 53,317 anggota mencari dan menyelamat serta kakitangan sokongan kini menjalankan usaha SAR di zon berkenaan, menurut presiden.
Mangsa korban dilaporkan dari wilayah selatan Kahramanmaras, Adana, Adıyaman, Osmaniye, Hatay, Kilis dan Malatya dan tenggara Sanliurfa, Diyarbakir, dan Gaziantep, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).
Erdogan pada Isnin turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan kejadian gempa bumi dahsyat itu.
BACA: Turkiye Isytihar Darurat Tiga Bulan Di Beberapa Wilayah Akibat Gempa Bumi
Sumber: Mirror