Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bapa Gigih Habiskan Pau Daging Dimasak Anak

Gambar: Facebook Maxkeong Menkeong

Bapa Gigih Habiskan Pau Daging Dimasak Anak

Sebagai seorang bapa, senyuman dan kehadiran orang tersayang memberikan seribu satu makna selepas penat ‘berperang’ di medan pekerjaan.

Lebih-lebih lagi, jika pengorbanan dan titik peluh itu sentiasa diingati. Ia sekaligus menjadi pembakar semangat dalam meneruskan hari-hari mendatang.

Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar bapa menyentuh hati orang ramai selepas mendedahkan terpaksa menghabiskan makanan yang dimasak oleh anak perempuannya.

Memetik Mothership, dia terpaksa menghabiskan lima roti kukus daging atau pau yang disediakan oleh anaknya di sebuah stesen Terminal Larkin, Johor Bahru.

Gambar: Facebook Maxkeong Menkeong

Hal ini kerana dia berpendapat kerajaan Singapura tidak membenarkan makanan berasaskan daging dibawa masuk. Perkara itu telah menyentuh hati netizen selepas beliau memuat naik satu hantaran di platform Facebook.

BACA JUGA: Sayu, Anak Kongsi Detik Terakhir Bersama Siti Hawa

“Anak perempuan saya bimbang saya tiada makanan untuk dimakan sewaktu pergi ke Singapura. Jadi, dia sediakan roti kukus berintikan daging agar saya dapat mengisi perut.

“Sebagai seorang ayah, saya tidak sampai hati untuk memberitahu kepadanya bahawa Singapura tidak membenarkan roti kukus (dengan isi daging) dibawa masuk ke negara ini.

“Saya hanya mampu menghabiskan roti itu di Larkin interchange seorang diri. Apabila saya buka bekas makanan, ada lima roti kukus . Saya menghabiskannya dalam tempoh satu jam setengah.

“Terima kasih kerana sentiasa memikirkan ayah. Sayang kamu!,” tulisnya.

Gambar: Mothership

Tambahnya, dia tidak sanggup untuk membiarkan makanan itu begitu sahaja. Bapa kepada remaja berusia 14 tahun itu berharap agar anaknya dapat menyediakan roti kukus untuknya dalam jumlah yang lebih sedikit.

Menurutnya sewaktu memberitahu sebuah akhbar tempatan, dia bekerja sebagai ketua bas di SBS Transit. Dia telah berkhidmat selama lapan tahun di situ.

Oleh kerana jarak lokasi pekerjaan yang jauh, dia hanya bertemu dengan keluarganya satu atau dua bulan sekali di Negeri Sembilan.

Gambar: Facebook Maxkeong Menkeong

Sehubungan itu, dia berasa berat hati sebelum berangkat ke Singapura dan meninggalkan keluarganya.

Dia hanya akan pulang ke rumah dengan menaiki bas sekiranya bekerja pada syif pagi dan sebaliknya pada syif malam.

Produk Daging Boleh Dibawa Masuk Atau Tidak Ke Singapura?

Menurut portal Agensi Makanan Singapura, setiap pengembara hanya dibenarkan membawa 5 kilogram (kg) daging. Ia hanya digunakan untuk kegunaan peribadi dan dari sumber yang diluluskan.

Perkara itu turut meliputi makanan yang berunsurkan produk daging.

Namun, seperti yang digariskan di dalam portal itu, pengembara tidak boleh membawa masuk sebarang produk daging dari Malaysia.

Sumber: Mothership