Siakap Keli
fenomena pelangi api
Gambar: Ossrfinancials/Pixabay & Leoleobobeo/Pixabay

Kenali Fenomena Pelangi Api & Bagaimana Ia Terbentuk

Kenali Fenomena Pelangi Api & Bagaimana Ia Terbentuk

Dari sudut fakta dan Sains, setiap kejadian berlaku atas pelbagai faktor. Tambahan lagi, bumi menyimpan pelbagai kisah misteri yang masih belum diterokai oleh manusia.

Walaupun masih terdapat rahsia-rahsia yang belum dirungkaikan, namun telah banyak yang diketahui umum seperti pembentukan awan, fotosintesis dan termasuk pembentukan pelangi.

Umumnya, ramai yang menyukai pelangi disebabkan kepelbagaian warnanya. Ia biasanya muncul selepas turunnya hujan.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa pelangi juga mempunyai pelbagai jenis dan bentuk? Baru-baru ini, tular penampakan pelangi yang dipercayai ‘Pelangi Api’ yang sempat dirakam di Bandar Baru Bangi.

Oleh itu, hari ini SK akan membawa anda untuk mengenali fenomena pelangi api yang jarang dilihat oleh orang awam.

Pelangi

Secara umumnya, pelangi terkenal dengan kecantikan warnanya. Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), fenomena ini berlaku disebabkan titisan air dari awan yang hampir seragam.

Perkara ini menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya. Pembiasan tersebut membuatkan warna cahaya terpisah kepada satu gelombang atau warna yang berbeza.

Menurut portal How It Works, warna pelangi mampu dilihat dari merah, oren, kuning, hijau dan biru. Kesemua warna ini merupakan satu set warna cahaya iaitu warna putih.

Gambar: Fietzfotos/ Pixabay

Tidak dinafikan, pembiasan cahaya yang menghasilkan susunan warna memukau mata sesiapa sahaja.

Walaupun warna yang dihasilkan adalah sama, namun cara serakan cahaya adalah berbeza. Hal ini disebabkan pembiasan melibatkan gelombang cahaya yang berserakan.

Konsepnya sama seperti warna bulu burung merak yang berubah warna bergantung pada kedudukan terhadap cahaya matahari dan objek.

BACA JUGA: Kenali Moonbow, Pelangi Yang Hanya Muncul Pada Waktu Malam

Pembentukan Fenomena Pelangi Api

Pelangi api juga dikenali sebagai circumhorizontal arcs. Pembentukan pelangi api disebabkan cahaya yang melalui awan sirus (cirrus) pada altitud tinggi dan tipis.

Pelangi api hanya berlaku sewaktu matahari berada tinggi di langit, melebihi 58 darjah di atas ufuk.

Gambar: Ossrfinancials/Pixabay

Sewaktu cahaya matahari secara menegak terkena hablur ais yang membentuk awan sirus, ia secara lurus membias ke bawah dengan cara yang sama seperti cahaya prisma.

Fenomena ini juga serupa dengan pelangi yang biasa kelihatan. Yang membezakan pelangi api dengan pelangi biasa ialah bentuk udara ditolak lebih ke atas dengan lebih pantas.

 fenomena pelangi api
Gambar: Leoleobobeo/Pixabay

Secara tidak langsung, ia menjadi sejuk dan membentuk titisan air yang bertindak sebagai prisma. Maka terbentuklah pelangi api di atas awan kumulus.

Pembentukan Pelangi Biasa 

 fenomena pelangi api
Gambar: Cleverpix/Pixabay

Pelangi api atau Iridescence biasanya berlaku pada awan yang baru terbentuk.

Menurut Weather Channel, awan pileus yang terbentuk oleh ribut petir mendorong udara di atmosfera ke atas lapisan lembapan. Fenomena ini menghasilkan awan kabus seperti kubah bercahaya di atas awan ribut petir.

Ia juga berlaku pada sudut yang lebih rendah berbanding pelangi api, iaitu kurang daripada 42 darjah di atas ufuk, lapor Pejabat Meteorologi United Kingdom.

Semakin rendah matahari berada, semakin luas lengkok (bentuk cincin) yang terhasil. Selain itu, pelangi biasa dapat dilihat hanya separuh bulatan sahaja di atas tanah rata pada waktu matahari terbit dan terbenam.

Sumber: Live Science, National Geographic, How It Works

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?