Siakap Keli
Gambar: Ron Currens/Scolopendra33 (CC)/: Maki Yanagimachi/Earth&Sky

Kenali Moonbow, Pelangi Yang Hanya Muncul Pada Waktu Malam

Kenali Moonbow, Pelangi Yang Hanya Muncul Pada Waktu Malam

Kebanyakan orang menyukai pelangi disebabkan mempunyai pelbagai warna yang cantik dan akan mengambil gambar sebagai memori atau kenangan bersama fenomena alam itu.

Kebiasaannya, pelangi muncul pada waktu siang sewaktu hujan atau selepas hujan berhenti. Fenomena alam ini seringkali memaparkan kecantikan warna pelangi yang terhasil akibat pembiasaan cahaya.

Namun pernahkah anda mendengar pelangi muncul pada waktu malam? Kejadian alam itu difahamkan sangat jarang berlaku dan dikenali sebagai Moonbow atau pelangi bulan.

Moonbow

Moonbow atau pelangi bulan merupakan satu fenomena optik yang berlaku disebabkan cahaya bulan dipantulkan (dibiaskan) menerusi titisan air di ruang udara.

Fenomena itu sukar untuk dirakamkan dan sangat samar ekoran jumlah cahaya yang dihasilkan oleh bulan purnama (bulan paling terang) masih jauh lebih rendah berbanding cahaya matahari.

Moonbow pertama kali disebutkan oleh Aristotle pada 350 sebelum masihi.

Terdapat beberapa bahagian atau lokasi di muka bumi ini yang ‘memaparkan’ keindahan fenomena tersebut. Contohnya seperti di Hawaii, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Iceland.

 Kalpana Coastline, Big Island of Hawaii

Gambar: Nick Sellway Via International Dark Sky Association

Mt. John Observatory di the South Island of New Zealand

Gambar: Maki Yanagimachi/Earth&Sky

Isle of Skye, United Kingdom

Kenali Moonbow Pelangi Yang Hanya Muncul Pada Waktu Malam
Gambar: Lukassek via Science Focus

Hawaii, Amerika Syarikat

Kenali Moonbow Pelangi Yang Hanya Muncul Pada Waktu Malam
Gambar: Arne Kaiser via Science Focus

Air Terjun Skogafoss, Iceland

Kenali Moonbow Pelangi Yang Hanya Muncul Pada Waktu Malam
Gambar: Alamy via Science Focus

Portsmouth, United Kingdom

Kenali Moonbow Pelangi Yang Hanya Muncul Pada Waktu Malam
Gambar: Flashspix/Alamy via Science Focus

Pembentukan Moonbow

Sama seperti pelangi pada waktu siang yang memperolehi cahaya matahari, Moonbow hanya dibezakan dengan sumber cahaya dari bulan untuk dipantulkan oleh titisan air pada sudut tertentu bagi menghasilkan pelangi.

Pembentukan itu dipercayai berlaku apabila bulan hampir berada pada fasa penuh dan berada agak rendah di langit (kurang dari 42 darjah) dengan suasana malam yang gelap.

Tambahan lagi, hujan yang turun juga perlu berada bertentangan dengan bulan untuk menciptakan Moonbow.

Kebiasannya, kejadian alam ini sering kelihatan berwarna putih pada perspektif manusia.

Waktu yang sesuai untuk melihat pelangi ini ialah beberapa jam selepas matahari terbenam atau sebelum terbit matahari.

Sumber: Met Office, Science Focus

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?