Siakap Keli
Pemilikan Manchester United
Kredit: Eurosport

Pelabur Qatar Nak Beli Manchester United, Bantu Ten Hag Dapatkan Pemain Termahal

Sekumpulan pelabur terkaya dari Qatar dilapor merancang mahu beli Manchester United dan menawarkan untuk bantu Erik ten Hag mendapatkan pemain termahal.

Pelabur Qatar merancang mendapatkan tawaran sejumlah wang untuk Manchester United kerana mahu memberikan sokongan kewangan kepada jurulatih, Erik Ten Hag dalam beberapa hari akan datang, lapor Eurosport.

Pada akhir 2022, pemilik United, keluarga Glazer yang telah mengendalikan Manchester United sejak 2005 dikatakan sanggup menjual kelab itu sekurang-kurangnya RM31 billion (£6 bilion).

Disebabkan itu, sekumpulan individu berkedudukan tinggi di negara yang kaya dengan minyak itu telah menyasarkan kelab United sebagai ‘mahkota’ bola sepak untuk mereka miliki.

Oleh itu, mereka akan membuat tawaran untuk United dalam beberapa hari akan datang menjelang tarikh akhir (Februari) yang telah ditetapkan oleh keluarga Glaser dan tindakan tersebut diyakini mampu melenyapkan persaingan lain.

Bagaimanapun, peraturan bola sepak telah menyatakan bahawa satu entiti tidak boleh memiliki dua kelab dalam pertandingan yang sama. Justeru, perkara itu akan menjadi isu kerana Qatar Sport Investment telah ‘memiliki’ Paris-Saint Germain (PSG).

Hal ini kerana United dan PSG boleh bertemu dalam Liga Juara-Juara atau Liga Eropah. Bagaimanapun, tawaran The Red Devils kali ini datang daripada pelabur individu yang dipercayai mahu memberikan Ten Hag sejumlah wang untuk membeli pemain terbaik dunia.

Memetik Eurosprot, Qatar menhadapi saingan apabila jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe antara nama yang tersenarai dan berpotensi untuk membeli United kerana beliau turut menyatakan niat yang sama pada Januari lalu.

Malah, pemilik Ineos dan peminat fanatik United itu merupakan orang pertama yang mendedahkan niatnya untuk membeli kelab berkenaan.

Pemilikan Manchester United
Kredit: AFP via Daily Mail

Tidak dinafikan, United dilihat sebagai antara pencabar terkuat pada musim ini malah, The Red Devil dijadualkan bakal menentang Newcastle dalam perlawanan akhir Piala Liga (EFL).

Difahamkan, pasukan itu mempunyai 32 perlawanan terakhir dalam Liga Eropah dan bakal bertemu Barcelona yang berada di pusingan kelima Piala FA.

Manakala dalam Liga Perdana, pasukan kendalian Ten Hag itu berada pada kedudukan ketiga, tujuh mata di belakang pendahulu Arsenal selepas seri 1-1 dengan Leeds United awal pagi semalam.

Sumber: Eurosport

Florence Nuar