Siakap Keli
Tangki Air 20 Tahun Tak Cuci
Kredit: TikTok

Tangki Air 20 Tahun Tak Cuci, Karat Besi Macam ‘Batu Karang’

Tangki Air 20 Tahun Tak Pernah Cuci, Karat Besi Macam ‘Batu Karang’

Siapa pernah berkumur di dalam tandas awam dan air tersebut ada ‘bait-bait’ rasa karat?

Jika anda pernah merasa pengalaman begitu, apa yang anda lakukan? Teruskan menjalani kehidupan seperti biasa ataupun ‘overthinking’ memanjang?

Jika anda seorang jenis tidak kisah dari mana asal-usul rasa karat tersebut, anda mungkin akan berfikir dua kali selepas melihat perkongsian dibawah.

karat tangki air batu karang
Kredit: TikTok

Gelikan? Jangan cakapkan setakat geli, kembang tekak pun ada. Jika air berkarat diminum dalam jangka masa yang lama,  ia boleh menyebabkan masalah seperti rasa mual, keracunan logam, hingga dapat terjadi tumor.

Tangki air 20 tahun tak pernah cuci…

Tapi itulah apa yang dapat dilihat menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun CuciClean ini. Dalam video yang menjadi tular itu, CuciClean berkongsi keadaan bahagian dalam tangki air apartment yang tidak pernah dibersihkan selama 20 tahun.

Dapat dilihat, kawasan dinding tangki air berkenaan sudah pun dipenuhi dengan karat-karat. Bahkan, karat-karat tersebut kelihatan agak tebal dan sudah mengeras. CuciClean turut mendedahkan bahawa pada bahagian tertentu, karat-karat yang terbentuk kelihatan seperti batu karang.

Maka tak hairanlah, air-air yang disalurkan menerusi tangki air tersebut dilapor bertukar menjadi warna kuning, kata CuciClean.

Seterusnya, CuciClean turut berkongsi apa tindakan yang perlu diambil sekiranya tangki air di kediaman masing-masing berada dalam kondisi sama seperti yang dikongsikan mereka.

Karat di dinding perlu dikikis

Menurut CuciClean, sebelum memulakan pembersihan, segala karat yang melekat pada dinding tangki perlu dikikis terlebih dahulu. Proses ini memakan masa yang agak lama kerana mereka perlu menggunakan scrapper dan karang karat perlu dikikis secara manual.

karat tangki air batu karang
Kredit: TikTok

Setelah selesai mengikis karat-karat yang melekat pada dinding tangki, dapat dikesan perubahan warna air dalam tangki berkenaan.

Kata CuciClean, air tangki akan berubah menjadi warna perang, tidak ubah seperti warna minuman coklat. Namun, versi ini hanya menyajikan air dengan bau besi semata-mata.

Seterusnya, vakum khas perlu digunakan bagi menyedut segala sisa karat yang terdapat pada dinding dan lantai tangki air. Menurut CuciClean, kerja-kerja pembersihan melibatkan kawasan lantai dan dinding perlu dilakukan serentak pada peringkat ini.

Proses pembersihan dilakukan berulang kali sehingga warna asal besi tangki air mula kelihatan.

@cuciclean

Tangki air besi apartment penuh karat besi macam batu karang. 20 tahun tak pernah cuci. Penduduk complain air kuning. #cucitangkiair #cucitangki #tangkiair

♬ original sound – Haz_JR – Haz_JR

Saya nak cuci tangki air saya yang berkarat…tapi saya tidak memiliki kawan baik..

Alamak, sedihnya tetapi jangan risau! Jika anda tidak memiliki peralatan yang cukup, tiada jiran yang ‘sporting’ atau tidak yakin untuk melakukannya sendiri, anda boleh meminta golongan profesional untuk membantu anda.

Apa yang penting, anda sentiasa menyelenggara tangki air rumah agar sentiasa bersih sekaligus dapat mengelakkan anda daripada mendapat masalah kesihatan.

BACA: Kaya, Sultan Madura Bina Rumah Mewah Untuk Dijadikan Kandang Lembu

Sumber: Cuci Clean via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma