Siakap Keli
sale sambal nyet khairulaming
Gambar: Twitter Khairulaming

Jualan Sambal Nyet 2 Tahun RM21.5 juta, Khairulaming Kongsi Teknik Urus Operasi

Sambal Nyet berjaya capai sale sebanyak RM21.5 juta dalam masa dua tahun, Khairulaming hari ini berkongsi bagaimana dia uruskan operasi.

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mendedahkan rahsia bagaimana syarikatnya meraih jualan Sambal Nyet sebanyak RM21.5 juta dalam masa dua tahun.

Genap dua tahun di pasaran, produk Sambal Nyet berjaya menunjukkan pertumbuhan positif dalam jualan tahunan yang mencatat angka berganda.

Seperti yang dikongsikan di laman Twitter hari ini, difahamkan jualan Sambal Nyet pada 2021 hanyalah RM7.5 juta, namun ia meningkat sekali ganda kepada RM14 juta pada 2022.

Dalam pada itu juga, Khairul berkata syarikatnya turut menerima dua anugerah istimewa daripada platform jualan e-commerce, Shopee.

Syarikatnya menerima anugerah Best New Seller dan Best Customer Service sepanjang penjualan Sambal Nyet di Shopee selama dua tahun.

Satu rakaman video berdurasi tiga minit dan 33 saat telah dimuat naik di media sosial berhubung rahsianya menguruskan operasi syarikatnya.

Operasi Sambal Nyet Khairulaming dari penyediaan hingga peringkat sale

Gambar: Tangkap layar video

Bermula dari bahan-bahan basah hingga ke pembungkusan, Khairul berkata setiap bahagian mempunyai pasukan yang akan mengendali proses tersebut.

“Setiap hari kita akan terima bahan basah yang segar daripada pembekal. Dalam 1,000 kilogram bawang dan cili setiap hari.

“Kita akan buat kawalan kualiti satu per satu untuk memastikan semuanya segar dan okay. Setelah semua bahan basah itu diperiksa, baru akan disimpan ke dalam bilik simpanan sejuk.

“Keesokan paginya, team kitchen akan keluarkan bahan-bahan segar itu dan akan mulakan proses timbangan,” jelas Khairul pada Rabu.

Tambah Khairul, selepas proses pertama selesai pasukan pencucian akan membasuh semua bahan basah secara berulang supaya ia bebas daripada segala kotoran.

“Kemudian, kita akan mulakan proses masakan. Proses memasak sambal ini memerlukan lebih banyak masa.

“Tetapi kita akan bagi masa beberapa jam untuk pastikan sambal itu betul-betul masak dan setelah itu pindah ke proses seterusnya iaitu bahagian pembotolan,” ujar Khairul.

Sumber: Twitter Khairulaming

Setelah selesai, botol tersebut akan dimasukkan ke dalam dandang atau boiler dan kemudian ke bahagian terakhir iaitu proses sealing.

“Kita ada satu boiler panjang, lebar yang kita custom made dan sambal akan lalu melalui boiler.

“Kita akan seal dekat penutup botol kaca sambal itu dan letak labeling,” katanya.

Khairul berkata sekiranya semua dalam keadaan baik maka produknya akan diteruskan ke proses pembungkusan.

“Setiap hari kita jual lebih kurang 5,000 botol Sambal Nyet. Untuk bungkus satu parcel itu akan mengambil masa lebih kurang satu minit lima saat.

“Semua bungkusan itu kita akan scan dan hantar ke klien pada hari yang sama,” ujar Khairul.

Ujar Khairul, pasukannya menggunakan kaedah yang disebut di atas dan memperoleh anugerah Best Customer Service.

BACA: “Record Guna….” Khairul Aming Bongkar Rahsia Cara Rakam & ‘Upload’ Video Cantik Di Instagram

Rancangan Khairulaming untuk Sambal Nyet pada 2023

Dalam pada itu, Khairul turut memaklumkan mengenai rancangan syarikatnya untuk tahun 2023.

I am pleased to announce yang kilang kedua kita di Kota Bahru, Kelantan telah pun beroperasi sepenuhnya, untuk kita fokus dekat produk kedua.

“Dan kita pun dah plan untuk bagi banyak rewards dekat staff tahun ini. Kita juga dah mulakan on ground event khusunya untuk Sambal Nyet di universiti,” katanya.

Khairul menzahirkan rasa syukur kerana cabaran yang dihadapi olehnya sepanjang dua tahun telah membuatkan dirinya bertambah kuat untuk lalui cabaran mendatang.

“Terima kasih kepada my team kerana mereka sangat sporting dan terima kasih di luar sana yang menyokong kami dari hari pertama lagi.

“Terima kasih kerana membeli sebotol sambal yang dinamakan sebagai Sambal Nyet Berapi,” tambahnya mengakhiri video.

Sumber: Khairul Aming via Twitter

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana