Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

33 Orang Dilaporkan Maut Dalam Nahas Bas Di Panama

Iqbal Yasir
nahas bas panama
Gambar: AFP / Bomba Chiriqui Panama

33 Orang Dilaporkan Maut Dalam Nahas Bas Di Panama

PANAMA — Sekurang-kurangnya 33 dilaporkan maut dalam satu nahas bas yang membawa penumpang pendatang asing selepas bertembung dengan bas mini di Gualaca, Chiriqui, lapor AFP.

Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke Costa Rica sebelum meneruskan perjalanan ke Amerika Tengah dan Mexico serta Amerika Syarikat.

Ia membawa pendatang dari Darien, sebuah kawasan hutan di timur Panama berhampiran sempadan Colombia.

Tambahan lagi, bas berkenaan membawa seramai 66 penumpang termasuk pemandu dan seorang pembantu.

Menurut Pesuruhjaya Operasi Transit, Emiliano Otero, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 400 kilometer dari Bandar Panama.

Pengarah Migrasi Panama, Samara Samira Gozaine memaklumkan bahawa pihaknya telah mengemaskini angka kematian awal daripada 15 orang kepada 33 korban.

BACA JUGA: Pemandu Bas Bengang, Kelibat Lembaga Hitam Tumpang Bas Tak Nak Turun Walau Dah Habis Syif

Tambahnya sewaktu dihubungi AFP, terdapat tiga orang mengalami kecederaan parah di lokasi kejadian.

Beberapa mangsa yang cedera segera dibawa ke hospital di ibu kota wilayah Chiriqui dengan menaiki ambulans, lapor media tempatan.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum memaklumkan status kewarganegaraan mangsa dan bilangan mangsa yang tercedera.

Sebelum ini, Presiden Panama, Laurentino Cortizo telah memgumumkan mengenai nahas bas yang berlaku awal pagi waktu tempatan itu.

Tambah Cortizo, kerajaan bakal membantu dari segi kos perubatan kepada mangsa yang terselamat.

Untuk pengetahuan, Jabatan Imigresen Panama memaklumkan bilangan pendatang di Panama meningkat dua kali ganda pada tahun lalu dengan merekodkan lebih 248,000 orang. Jumlah tersebut melebihi separuh pendatang di Venezuela

Terdahulu, empat orang dilaporkan maut manakala 29 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa 31 pemain bola sepak remaja terjunam dari jambatan, lapor Dail Mail.

Kejadian itu berlaku di Além Paraíba, Minas Gerais di Brazil, pada akhir bulan Januari.

Difahamkan, pasukan berkenaan baharu sahaja memenangi kejohanan bola sepak dan dalam perjalanan pulang ke Duque de Caxias dari Ubaporanga.

Nahas itu berlaku dipercayai akibat kegagalan pemandu sewaktu menyeberangi jambatan berkenaan.

Sumber: AFP via Barrons