Siakap Keli
Gambar: Airasia Newsroom

AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Percuma, Bakal Beri RM200 Jika Penerbangan Tertangguh, Ini Cara Nak Tebus

Syarikat penerbangan termurah dan terbesar, AirAsia menawarkan 5 juta tempat duduk percuma untuk penerbangan domestik dan antarabangsa bagi seluruh rakyat Malaysia. Tawaran itu dibuka bagi penerbangan termasuk ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu, Bali, Jakarta, Macao, Krabi, Phu Quoc, Singapura dan banyak lagi.

 Sebagai syarikat dengan rangkaian penerbangan terluas di Malaysia dan ASEAN, AirAsia juga menawarkan penerbangan sehala all-in pada harga serendah RM23 bagi domestik dan RM60 bagi penerbangan antarabangsa. Bagi AirAsia X pula, orang ramai boleh mendapatkan penerbangan bermula RM329 dari Kuala Lumpur ke Perth, Tokyo, Taipei, Seoul, New Delhi, Gold Coast, Busan dan banyak lagi.

Orang ramai juga boleh menempah penerbangan Premium Flatbed pada harga bermula RM1,499 sahaja. Difahamkan, kesemua harga jualan ini adalah termasuk cukai penerbangan, yuran MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain.

 Selain itu, syarikat dengan kekerapan penerbangan tertinggi ini juga mengumumkan akan memberi pampasan sebanyak RM200 kepada para pelanggan mereka yang terkesan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan selama 2 jam. Menurut AirAsia, pampasan tersebut akan diberikan jika pelanggan menerima notifikasi penerbangan dalam tempoh 24 jam dari AirAsia daripada waktu penerbangan sepatutnya di dalam itinerari.

Pun begitu, pampasan ini hanya terpakai buat pelanggan yang membuat tempahan sepanjang kempen tempat duduk percuma AirAsia sehingga 19 Februari ini. Pelanggan yang terjejas boleh membuat tuntutan melalui laman web ini dan memasukkan nombor tempahan penerbangan seperti diminta.

Bagi pelanggan yang membuat tempahan selepas tarikh tersebut, anda bolehlah menambah ‘add on’ Flight Delay Insurance bagi melayakkan anda mendapat pampasan sekiranya berlaku kelewatan.

Pampasan akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay atau bank pelanggan secara automatik dalam tempoh tiga hari bekerja. Untuk mendapatkan pampasan secara automatik, pelanggan perlu memasukkan nombor telefon mereka semasa proses pendaftaran melalui laman web dan pastikan nombor diberikan sama dengan nombor yang digunapakai pada akaun BigPay. Bagi pelanggan yang bukan pengguna BigPay, anda boleh menghubungi [email protected] untuk bantuan.

Orang ramai boleh membuat tempahan sekarang sehingga 19 Februari melalui AirAsia Super App atau laman rasmi airasia.com bagi tempoh penerbangan bermula 1 Mac sehingga 10 Disember 2023.

Amira

Love yourself.