Arsenal 3-1 City: Arteta Yakin Masih Boleh Julang EPL
Pengurus Arsenal, Mikel Artena berkata dia yakin pasukannya tetap boleh menjuarai liga walaupun tewas 1-3 kepada Manchester City dalam perlawanan awal pagi tadi.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan City berjaya memintas kedudukan dan menggantikan Arsenal sebagai pendahulu liga hanya dengan perbezaan gol.
“Mereka masih memilikinya (kepercayaan), saya dapat merasakannya. Mereka boleh melakukannya,” kata Arteta.
Bagaimanapun, Arteta tidak menafikan bahawa dia kecewa dengan prestasi permainan yang dipamerkan oleh pasukan kendaliannya itu.
“Mereka (City) adalah pasukan terbaik di dunia dan kami menyamai tahap itu. Bagaimanapun, kami perlu melakukan beberapa perkara yang lebih baik untuk mengalahkan mereka,” katanya.

Selepas menewaskan Manchester United pada 22 Januari lalu, Arsenal kekal mendahului liga dengan lima mata di hadapan.
Namun seterusnya hanya mampu peroleh satu mata ketika menentang Brentford.
BACA JUGA: Pelabur Qatar Nak Beli Manchester United, Bantu Ten Hag Dapatkan Pemain Termahal
Jadi pendahulu liga, yakin peluang cerah julang title EPL
Kemenangan Manchester City menumpaskan Arsenal 3-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi melayakkan The Citizens berjaya menduduki tempat teratas liga dengan 51 mata.
Walaupun kedua-dua kelab mengumpul mata sama namun City layak menjadi pendahulu berdasarkan jumlah perbezaan jaringan.
Imbas kembali, kemenangan awal dimulakan dengan gol pembukaan yang dijaringkan dari luar kotak penalti oleh pemain tengah City, Kevin de Bruyne seawal minit ke-24 perlawanan.
Namun kedudukan kembali disamakan 1-1 oleh sepakan penalti daripada penyerang, Saka berikutan kekasaran oleh penjaga gol City, Ederson terhadap Eddie Nketiah.
Malang sekali, gol penyamaan itu berjaya diledak hanya beberapa minit sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Pada separuh masa kedua, gawang Arsenal sekali lagi dibolosi penyerang, Grealish yang melepasi benteng pertahanan Gunners untuk jaringan kedua pada minit ke-72.
Tidak berakhir di situ, City terus bernafsu menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga daripada Haaland pada minit ke-87 hanya beberapa minit sebelum wisel penamat.
Keputusan 3-1 memihak kepada City sekali gus menjadikannya pendahulu liga dengan kelebihan gol yang dijaringkan sebanyak 59 berbanding Arsenal, 47.
Bagi perlawanan Liga Perdana (EPL) seterusnya, Arsenal dijadualkan bertembung dengan Aston Villa, manakala City bertemu Nottingham Forest pada 18 Februari ini.
Pertembungan Arsenal – Aston Villa dijadualkan bermula pada 8.30 malam, manakala City – Forest pada 11 malam berikutnya, mengikut waktu tempatan.
Sumber: BBC Sport