Siakap Keli
kucing tak nak lekang dengan penyelamat
Kredit TikTok

Seakan Nak Berterima Kasih, Kucing Mangsa Gempa Dirakam Tak Nak ‘Lekang’ Dengan Penyelamat

Seakan Nak Berterima Kasih, Kucing Mangsa Gempa Dirakam Tak Nak ‘Lekang’ Dengan Penyelamat

Kejadian gempa bumi kuat yang melanda di Turkiye dan Syria telah memberikan tamparan hebat kepada dua negara itu.

Kejadian gempa yang berlaku pada awal minggu lalu telah mengorbankan ribuan nyawa. Malah mangsa juga telah kehilangan tempat tinggal mereka untuk berteduh.

Bukan sahaja manusia yang terkesan dalam kejadian gempa bermagnitud 7.8 itu, haiwan juga tidak tertinggal daripada menerima kesan kejadian dahsyat itu.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan seekor kucing yang berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki dari pasukan penyelamat tidak mahu meninggalkan penyelamat tersebut.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Video berdurasi 25 saat itu dikongsikan oleh @busraaony di akaun TikTok miliknya.

Berdasarkan perkongsian video itu, kucing tersebut dikatakan telah diselamatkan di sebalik runtuhan bangunan kawasan yang terjejas dengan gempa.

kucing tak nak lekang dengan penyelamat

Kredit TikTok

Dapat dilihat di dalam video tersebut, kucing berkenaan duduk di atas bahu penyelamat itu dan tidak mahu berganjak daripada kedudukannya.

Kredit TikTok

Kucing itu juga dapat dilihat seperti mencium wajah lelaki berkenaan kerana seakan mahu berterima kasih kerana sudah menyelamatkannya.

Kredit TikTok

“Kucing ini tidak mahu meninggalkan penyelamatnya yang telah menyelamatkannya,” tulis video itu.

Selain itu berdasarkan kapsyen muat naik video itu, masih ramai yang terkesan memerlukan bantuan dalam kejadian gempa tersebut.

“Terlampau banyak benda yang buruk dan baik berlaku di Turkiye sekarang ini. Di saat negara ini terkesan dengan teruk akibat bencana alam. Ramai manusia dan haiwan memerlukan bantuan namun kita masih tidak mencukupi.” tulis kapsyen video tersebut.

Perkongsian video itu juga turut mendapat komen daripada pengguna media sosial TikTok di seluruh dunia.

Antara komen yang berjaya mencuri perhatian adalah:

“Tolong jangan cakap bahawa “haiwan tidak faham”, mereka bahkan lebih memahami dan merasai daripada manusia kebiasaannya,” tulis seorang netizen berkenaan video itu.

“Terima kasih untuk kerja keras serta tidak mengalah. Semoga anda diberkati dan semua yang membantu,” tulis seorang lagi netizen.

“Dua-duanya comel, terima kasih untuk anda semua. Anda sudah buat yang terbaik. Semoga semua ceria. Harapan saya, semuanya akan baik-baik saja nanti,” Tulis seorang netizen yang mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan.

Sumber: TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka