Siakap Keli
manchester united menang bidaan qatar
Kredit: Fabrizio Romano

Pembida Qatar Mungkin Pemilik Baru Man United

Pembida Qatar Mungkin Pemilik Baru Man United

Wartawan sukan berpengaruh, Fabrizio Romano mengesahkan pembida dari Qatar adalah salah satu pembida yang membida untuk membeli Manchester United.

Pembida dari Qatar itu difahamkan yakin bahawa mereka akan memenangi bidaan tersebut dan sudah pun mempunyai pelan pembangunan untuk kelab berkenaan. Mereka juga berikrar untuk menyediakan dana yang besar bagi menyokong jurulatih, Erik Ten Hag mendapatkan pemain-pemain bintang yang dimahukannya.

Selain itu, pakej yang ditawarkan dalam bidaan tersebut termasuklah projek pembangunan kota Manchester.

Sebelum ini, keluarga Glazer mengesahkan pihaknya mahu melepaskan united secara pakej penuh pada harga diantara 6 – 7 bilion pound.

Difahamkan, pihak yang berminat mahu mengambil alih kelab berkenaan mempunyai masa untuk menghantar bidaan sebelum 10 malam (Jumaat).

Pembida Qatar mungkin pemilik baru Man United

Berdasarkan laporan media sukan antarabangsa, pembida dari Qatar dilaporkan sedang mendahului bidaan tersebut.

Selain pembida Qatar tersebut, difahamkan sesi bidaan itu turut menarik minat beberapa bilionaire yang lain. Antaranya adalah bilionaire warga United Kingdom, Sir Jim Ratcliffe, konsortium dari Amerika Syarikat serta Arab Saudi.

Raine, iaitu sebuah bank perdagangan dari Amerika Syarikat ditugaskan untuk menjual kelab tersebut. Bank berkenaan akan mula menyusun tawaran-tawaran yang diterima menjelang hari terakhir bidaan untuk dihantar.

Terdahulu, beberapa pemerhati berpendapat tindakan keluarga Glazer mahu menjual kelab itu kerana mahu mendapatkan keuntungan yang besar.

Ini selepas saham Manchester United meningkat hampir 10 peratus sejak akhir-akhir ini, termasuk dalam dagangan di bursa saham New York.

Keluarga Glazer miliki MU sejak 2005

Keluarga Glazer memiliki United sejak 2005 dan mengambil keputusan untuk menjual kelab tersebut selepas hampir 18 tahun menjadi pemilik.

Dengan status United sebagai salah satu kelab bola sepak paling berpengaruh di dunia, maka tak hairanlah banyak pihak mahu memiliki kelab tersebut.

Ini boleh difahami apabila sekumpulan individu berkedudukan tinggi di negara yang kaya dengan minyak seperti Qatar menyasarkan United sebagai ‘mahkota’ bola sepak untuk mereka miliki.

BACA: Pelabur Qatar Nak Beli Manchester United, Bantu Ten Hag Dapatkan Pemain Termahal

Sumber: Express.co.uk

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma