Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Petronas Akan Pertahankan Kedudukan Sahnya Dari Tuntutan Sulu

Syed Faisal Sayed Muhammad
Petronas tuntutan sulu
Kredit BERNAMA

Petronas Akan Pertahankan Kedudukan Sahnya Dari Tuntutan Sulu

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama)–Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak Sulu dalam menuntut dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan undang-undangnya.

“Semua usaha tertumpu pada Prosiding Pengesahan di mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan dimana Luxcos mempunyai merit ke atasnya, “katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai perintah rampasan baharu yang dikeluarkan oleh bailif mahkamah Luxembourg untuk dua unit firma minya negara Malaysia, Petronas, minggu ini.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Laporan Reuters pada Khamis (16 Feb) bertajuk, “Unit Luxembourg dirampas semula dalam pertikaian timbang tara bernilai $15 bilion” menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baru untuk dua unit firma minyak negara Malaysia Petronas minggu ini.

Berikutan bidaan oleh keturunan seorang bekas kesultanan untuk menguatkuasakan anugerah $15 bilion (AS$1=RM4.42) yang mereka menangi terhadap Malaysia, menurut peguam waris dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Sumber: BERNAMA