Siakap Keli

SPOTV NOW Bakal Sajikan Peminat KPOP Dengan Live Strim Istimewa Circle Chart Music Awards 2022

Singapura 16 Februari – SPOTV teruja untuk mengumumkan aplikasi SPOTV NOW akan menyiarkan Anugerah Circle Chart Music Ke-12 secara langsung dari KSPO DOME di Seoul pada 18 Februari 2023. Live strim ini adalah percuma dan boleh diakses oleh semua pengguna SPOTV NOW.

Anugerah Circle Chart Music (sebelum ini dikenali sebagai Gaon Chart Music Awards) adalah anugerah musik perdana bagi yang tebaik dalam industri. Calon-calon tahun ini termasuk bakat terlaris seperti BLACKPINK, ITZY, BTS, IU, SEVENTEEN dan ramai lagi.

Anugerah tahun ini menjanjikan satu acara yang bermakna, dianjur bersama DOYOUNG dari NCT dan MIYEON dari (G)I-DLE, di mana acara ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada nama-nama besar seperti TXT, ENHYPEN, aespa,, Kep1er, NMIXX, BSS (SEVENTEEN), BE`O, STAYC, dan YENA.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan nama-nama besar dalam musik bersama memeriahkan malam penuh anugerah, hiburan, dan persembahan hebat.

Strim Circle Chart Music Awards 2022 secara live di app SPOTV NOW pada 18 Februari 2023 bermula jam 5 petang MYT.

SPOTV NOW boleh didapati di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Singapura di Google Play Store dan App Store.

Amira

Love yourself.