Siakap Keli
tengku zafrul mkt umno
Kredit: Twitter

Tengku Zafrul Dilantik Ahli MKT UMNO Secara Rasmi

Tengku Zafrul dilantik Ahli MKT UMNO

Ahli Jawatankuasa Parti Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO) Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tersebut pada Khamis.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu telah mengangkat sumpah di hadapan Ahli MKT sebelum mesyuarat bermula pada malam tadi.

Perkara berkenaan dikongsi menerusi akaun Twitter Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi.

“Mesyuarat MKT UMNO pada 16 Februari 2023 dimulakan dengan YB Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yang dilantik oleh Presiden UMNO.

“Selamat berkhidmat demi #ABATA, Agama, Bangsa, Tanah Air agar #rakyat #Malaysia maju dan sejahtera atas usaha kita bersama,” tulis ciapan beliau.

Perkongsian tersebut telah memberi jawapan mengenai persoalan berhubung kehadiran Tengku Zafrul ke Menara Dato’ Onn pada malam ini.

Memetik laporan Astro Awani, Tengku Zafrul berada di Menara Dato’ Onn hari ini serta kehadirannya menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Beliau didapati mengenakan baju UMNO dan tiba kira-kira 8.07 malam di lobi menara sebelum bergegas ke bilik mesyuarat.

Sebelum ini, bekas calon Ahli Parlimen Kuala Selangor itu memaklumkan akan bertanding jawatan tersebut dalam Pemilihan UMNO akan datang.

Ujarnya, hasrat mahu bertanding itu bagi berada bersama pemimpin lain untuk berkhidmat kepada parti, khususnya bagi memulihkan UMNO.

Kenali secara ringkas YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz

Beliau merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri yang dilantik menyetai kabinet kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tengku Zafrul dilahirkan pada 25 Jun 1973 dan mempunyai seorang isteri, bernama Ym Raja Datin Sri Johanna Raja Arshad. Melalui perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan juga dua perempuan.

Beliau menceburi dunia politik dan kali pertama menyertai kabinet kerajaan Malaysia sebagai Menteri Kewangan. Sebelum itu, beliau terlebih dahulu terlibat dalam dunia perbankkan.

BACA: 15 Terkorban, 12 Cedera Dalam Runtuhan Salji Di Timur Tajikistan

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma