Siakap Keli
15 terkorban, 12 cedera dalam runtuhan salji di timur Tajikistan
Kredit: Pixabay

15 Terkorban, 12 Cedera Dalam Runtuhan Salji Di Timur Tajikistan

15 Terkorban, 12 Cedera Dalam Runtuhan Salji Di Timur Tajikistan

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam runtuhan salji di bandar Khorugh di timur Tajikistan, menurut sumber rasmi.

“Empat pangsapuri musnah sepenuhnya manakala 35 rumah dan lima bangunan ladang rosak sebahagian,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Jawatankuasa Situasi Kecemasan dan Pertahanan Awam Tajik (KHF).

Menurut kenyataan itu suruhanjaya KHF sedang mengenal pasti tahap kerosakan akibat runtuhan salji itu.

Runtuhan salji dijangka berterusan sehingga Ahad, menurut kenyataan itu yang memetik laporan meteorologi.

BACA: Ajaib, Bayi 8 Bulan Jatuh Bangunan Tingkat Lima Dilaporkan Masih Hidup

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma