Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Venezuela menghadapi saat genting pada ketika ini selepas dilanda dua gempa bumi kuat yang memusnahkan banyak bangunan.
Malah, angka kematian juga dilaporkan telah meningkat kepada 920 orang dan puluhan ribu lagi masih hilang.
Pasukan penyelamat dari dalam dan luar negara kini sedang giat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.
Dalam misi menyelamat yang penuh hiba itu, berlakunya penemuan yang penuh mengharukan apabila seorang bayi berusia 18 hari dan ibunya, Dayana Patiño telah berjaya diselamatkan.

Bayi tersebut dikatakan berada di timbunan sebuah bangunan pangsapuri lapan tingkat yang telah roboh di La Guira.
Mereka dihempap runtuhan yang begitu banyak sehingga Dayana langsung tidak mampu bergerak. Dalam keadaan itu, dia memeluk erat bayinya demi melindungi anak kecil tersebut.
Bagaimanapun, dia juga mengalami kesukaran menyusukan anaknya.
Menurut NBC News, pasukan penyelamat pada awalnya mendengar bunyi tangisan bayi dari runtuhan tersebut.
Seorang sukarelwan, Merly Adreina Quintero turut memberitahu pemberita bahawa pasukan penyelamat telah mencari ibu dan bayi tersebut selama kira-kira 12 jam.
"Mulanya mereka disangka telah meninggal dunia. Namun dengan bimbingan pasukan penyelamat, para sukarelawan mula mengalihkan runtuhan bagi membuka laluan untuk mencapai ibu dan bayinya,"ujarnya.
Menerusi video yang dikongsi oleh @abc7ny, bayi yang berjaya diselamatkan itu telah diberikan kepada bapanya.
Beberapa jam selepas bayi tersebut dikeluarkan, pasukan penyelamat juga telah berjaya menyelamatkan Dayana sekitar jam 1 pagi pada Jumaat.
Menurut saksi, kedua-duanya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan telah dibawa ke pusat rawatan berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, tiga sekeluarga juga diselamatkan selepas 24 jam terperangkap di bawah runtuhan bangunan pangsapuri tujuh tingkat mereka.
Keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak berusia empat tahun itu berjaya dikesan selepas ahli keluarga mereka yang lain memanggil nama mereka.
Terdahulu, gempa kuat 7.2 dan 7.5 magnitud menggegarkan negara itu pada Rabu.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa bumi pertama berada 21 kilometer di barat bandar pesisir Moron dan berlaku sekitar jam 10.04 malam.
Seminit selepas itu, gempa berukuran 7.5 magnitud pula melanda kira-kira 45 kilometer jauhnya.