Siakap Keli
komando lemas
Gambar: APM Melaka / Negeri Sembilan via Bernama

Mayat Dipercayai Komando Lemas Ditemui Di Tanjung Sepat

Mayat Dipercayai Komando Lemas Ditemui Di Tanjung Sepat

MELAKA TENGAH — Selepas 12 hari gagal dikesan, mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor hari ini.

Memetik Astro Awani, difahamkan mangsa telah dikhuatiri lemas sewaktu menjalani latihan selaman di perairan Pulau Undan pada awal bulan ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mayat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Susulan itu, identiti sebenar mayat itu masih belum disahkan lagi.

“Makluman awal, satu mayat dijumpai di kawasan pantai bakau di Tanjung Sepat, Banting. Laporan lengkap akan dimaklumkan kemudian kerana identiti mangsa belum diketahui.

“(Tetapi) setakat ini sangat positif (dia adalah anggota komando yang hilang) berdasarkan sut selaman yang dipakai. Apapun kita perlu tunggu pengesahan identiti daripada proses bedah siasat kerana keadaan mayat yang tidak lengkap,” jelas Christopher sewaktu dihubungi Astro Awani hari ini.

Komando lemas

Sebelum ini, Lans Koperal Edrin Baintim berusia 25 tahun telah dilaporkan hilang di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan ketika menjalani latihan selam pada 7 Februari lalu.

BACA JUGA: Pasukan SAR Terkejut, Jasad Budak Hilang Mati Lemas Dihantar Buaya Dalam Keadaan Tak Terusik

Latihan itu dikenali sebagai Latihan Eksesais Pari Harimau iaitu kursus juruselam.

Sewaktu latihan tersebut dijalankan, seramai enam pegawai yang terlibat bersama 37 peserta adalah dari kem Pusat Latihan Perangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang.

Sehubungan itu, pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk anggota PULPAK, Pasukan Selam Ranjau, KD Duyong dan juga Pasukan Penyelam Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, ia turut dibantu oleh kerjasama Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Indonesia. Ia hasil makluman Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya.

Susulan itu, misi pencarian mangsa diteruskan oleh pasukan komando Tentera Darat. Bagaimanapun, operasi itu berakhir pada hari ke-10 Selasa lalu.

Sumber: Astro Awani

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Remaja Perempuan Ditemukan Selamat Selepas Terperangkap 10 Hari

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?