Siakap Keli
bayi lemas mainan tab mandi
Gambar via Bernama

Bayi 10 Bulan Maut, Lemas Mainan Tersekat Di Lubang Tab Mandi

Bayi 10 Bulan Maut, Lemas Mainan Tersekat Di Lubang Tab Mandi

Seorang bayi perempuan didapati lemas dalam tab mandi selepas mainan plastik tersangkut pada lubang tab mandi.

Menurut Daily Mail, bayi malam itu, Sara Moosa yang baru berusia sekitar 10 bulan sedang bermandi-manda bersama abang-abangnya ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam laporan inkues yang dijalankan baru-baru ini, mendedahkan si ibu membiarkan air paip terbuka tanpa menutup lubang tab. Dia kemudian keluar daripada bilik air untuk mengambil mainan untuk salah seorang anaknya.

Namun, setelah kembali semula, dia mendapati lubang tab sudah dipenuhi dengan mainan plastik. Manakala bayi malang itu sudah tertiarap di dalam air yang berketinggian kira-kira lima inci.

Sejurus melihat keadaan Sara ketika itu, keluarganya kemudian menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Keluarga berkenaan juga mengikuti arahan yang diberikan oleh operator sementara menunggu bantuan tiba.

Bayi malang itu juga diberikan bantuan pernafasan (CPR) awal ahli keluarga terdekat dan berusaha untuk membuatkan jantungnya berdegup semula.

Paramedik yang tiba kemudian mengambil alih situasi tersebut dan segera memindahkan Sara ke ambulans.

Ketika dalam perjalanan ke hospital untuk menerima rawatan segera, paramedik juga turut memberikan bantuan yang diperlukan berdasarkan SOP yang ditetapkan.

Bagaimanapun, bayi malang itu gagal diselamatkan sebelum petugas kesihatan mengesahkan Sara sudah meninggal dunia.

Bedah siasat yang dijalankan kemudian mengesahkan punca kematian bayi malang tersebut adalah kerana lemas.

”Sara bersama dua adik-beradiknya sedang bermandi-manda dalam keadaan paip serta lubang tab tidak ditutup.

”Salah seorang daripada mereka meminta untuk diberikan mainan. Apabila ibunya kembali ke bilik air, dia menyedari terdapat mainan lain yang telah menutup lubang tab. Kedua-dua abangnya berdiri manakala Sara dijumpai dalam keadaan meniarap,” menurut ringkasan kesimpulan dibuat oleh Koroner, Koroner Isobel Thistlethwaite.

Isobel seterusnya mengesahkan kematian Sara sebagai insiden yang tidak disengajakan. Pihak polis juga mendapati tiada sebarang bukti-bukti yang mencurigakan ditemui di tempat kejadian.

BACA: BNM Nasihatkan Orang Ramai Kaji Dengan Teliti Terma Dan Syarat Produk SLoan

Sumber: Daily Mail

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma