Siakap Keli
chatgpt gagal peperiksaan darjah enam singapura
Kredit: AFP

ChatGPT Gagal Dalam Peperiksaan Darjah Enam Di Singapura

ChatGPT Gagal Dalam Peperiksaan Darjah Enam Di Singapura

Semasa bot yang dikuasai kepintaran buatan ini mula menjadi tular dalam kalangan penduduk bumi, ChatGPT diminta untuk menyelesaikan pelbagai soalan daripada pelbagai peperiksaan penting.

Kebanyakan hasilnya menampilkan kejayaan laman bot tersebut untuk melepasi setiap peperiksaan. Namun begitu, tiada siapa yang sangka bahawa ChatGPT telah ditumpaskan dengan soalan peperiksaan murid tahun enam di Singapura.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan pada Februari, sebuah agensi berita The Straits Times meminta ChatGPT untuk menjawab beberapa soalan daripada Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).

Peperiksaan tersebut wajib diambil bagi setiap murid Singapura yang berusia 12 tahun. Ia bertujuan untk menentukan penempatan sekolah menengah bagi murid-murid tersebut.

ChatGPT telah diberikan soalan peperiksaan PSLE bagi sesi 2020, 2021, dan 2022 untuk beberapa subjek seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Prestasi ChatGPT terhadap peperiksaan darjah enam di Singapura sangat mengecewakan

Menurut The Strait Times, laman bot AI tersebut hanya mampu memperolehi skor 16 daripada 100 markah bagi ketiga-tiga kertas Matematik.

Semasa pengujian tersebut, ChatGPT tidak dapat memahami atau mejawab mana-mana soalan yang memiliki gambar rajah ataupun graf.

Oleh sebab itu, laman bot AI tersebut telah diberikan markah kosong bagi soalan-soalan berkenaan.

Walau bagaimanapun, ChatGPT turut membuat kesilapan terhadap soalan mudah yang berbentuk ayat. The Strait Times melaporkan, ketika ia diberikan soalan hasil tambah 60,000, 5,000, 400, dan 3, ia menjawabnya 65,503.

Sunguhpun memiliki prestasi corot dalam peperiksaan Matematik, ChatGPT memiliki prestasi yang lebih baik sedikit dalam kertas Sains. Laman bot AI tersebut berjaya mendapat skor 21/100 secara purata.

Selain itu, ChatGPT berjaya ‘lulus’ ujian Bahasa Inggeris dengan skor 11/20 secara purata. Ketika menjalani ujian Bahasa Inggeris, ChatGPT mengalami beberapa masalah iaitu berdepan dengan perkataan yang mengandungi pelbagai makna.

Sebagai contoh, The Straits Times memetik perkataan “nilai (value).” ChatGPT didapati telah mengabaikan konteks soalan dalam ujian tersebut.

Dalam soalan tersebut, “nilai (value)” dirujuk sebagai prinsip-prinsip moral tetapi laman tersebut ‘memahami’ maksud perkataan tersebut sebagai angka.

Untuk makluman, ChatGPT telah dibangunkan oleh syarikat kepintaran buatan OpenAI dan dilancarkan pada November tahun lalu. Laman tersebut telah meraih sebanyak 100 juta pengguna pada akhir Januari lepas.

ChatGPT dilaporkan pernah ‘tapau’ soalan peperiksaan yang lebih sukar

Ketidakmampuan laman bot untuk lulus dalam peperiksaan murid tahun enam di Singapura ini agak mengejutkan. Sebelum ini, ia berjaya lulus peperiksaan akhir di Wharton School of the University of Pennsylvania.

Laman ini turut dilaporkan pernah melepasi ujian-ujian dalan empat kursus undang-undang dan lulus ujian perlesenan perubatan AS dengan mudah.

Universiti-universiti kini mula menyusun semula aturan peperiksaan disebabkan terdapat kebimbangan ke atas penggunaan bot AI bagi tujuan penipuan.

Memetik laporan New York Times pada Januari lalu, pengujian kefahaman pelajar kini beralih ke arah metodologi lain seperti ujian lisan, kerja berkumpulan dan penilaian berasaskan penulisan tangan.

Variasi pengujian ini adalah untuk menggantikan tugasan dokumen bertaip yang biasa dilaksanakan oleh pensyarah di universiti.

BACA: Bot AI ChatGPT Dilapor Lulus Peperiksaan Undang-undang Di Amerika Syarikat

Sumber: Insider 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma