Siakap Keli
sut perisai kucing dan tikus
Gambar: Jeff de Boer/Facebook

Lelaki Cipta Sut Perisai Logam Kucing Dan Tikus Pertama Di Dunia

Lelaki Cipta Sut Perisai Logam Kucing Dan Tikus Pertama Di Dunia

Seorang pengukir dan tukang besi dari Calgary di Kanada berjaya mencipta sut perisai logam yang mengagumkan untuk kucing dan tikus, lapor Oddity Central.

Jeff de Boer, mengatakan ideanya untuk mencipta sut perisai tersebut bermula dengan tikus.

Pada ketika itu, dia sedang mencari cara kreatif untuk menggabungkan minatnya terhadap perisai zaman pertengahan dengan perniagaannya sebagai tukang emas dan mendapat idea membuat baju perisai kecil untuk seekor tikus.

Ideanya itu kelihatan seperti idea yang menarik, tetapi dia tidak menjangkakan bahawa dia akan terus dikenali sebagai perisai haiwan pertama dan satu-satunya di dunia.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Gambar: Jeff de Boer/Facebook

Menurut laporan Oddity Central, Jeff de Boer telah mencipta lebih 500 sut perisai untuk tikus dan juga kucing.

Jeff de Boer memberitahu bahawa dia masih lagi ingat sut perisai pertamanya yang dilihat ketika berusia lima tahun.

Dia terpukau dan tertarik dengannya serta ingin tahu bagaimana ia dibuat dan apa tujuan baju perisai itu dicipta.

Minatnya terhadap sut perisai membuatkan Jeff de Boer mencipta sut perisai manusia pertamanya di sekolah menengah.

Bagaimanapun, jurusannya dalam pembuatan perhiasan membuatkan dia memikirkan perkara yang lebih berskala kecil.

Sut perisai tikus pertama de Boer nampaknya jauh lebih baik daripada apa yang difikirkan.

Perisai untuk kucing

Memetik Oddity Central, sut perisai yang diciptanya dipengaruhi oleh pelbagai gaya sejarah, dari samurai Jepun hingga rantaian Islam.

Namun begitu, de Boer menyedari bahawa dia memerlukan antagonis untuk tikus berperisainya untuk benar-benar membangkitkan imaginasi orang ramai.

Hasilnya, pada ketika itulah dia mula menghasilkan perisai kucing.

Gambar: Jeff de Boer/Facebook

Artis dari Kanada itu turut menegaskan bahawa sut perisai ciptaannya itu bukanlah untuk dipakai oleh haiwan sebenar.

Sebelum ini, dia pernah menerima untuk membuat salah satu perisainya untuk kucing hidup, namun keadaan tidak menjadi terlalu baik.

Penerbit dari pertunjukan permainan Jepun memakaikan ‘kucing aksi’ yang didakwa sudah biasa memakai sut perisai itu.

Namun, perisai yang kecil itu tidak sesuai dipakai oleh kucing yang sangat besar.

Sejak itu, Jeff de Boer tidak pernah mengambil komisen untuk pakaian sut perisai haiwan hidup.

Memetik Oddity Central lagi, Jeff de Boer menghasilkan sut perisai tikus dan kucing ini adalah untuk pelanggannya yang mempunyai minat mendalam dalam sejarah dan seni.

Ramai daripada pelanggannya mengatakan bahawa dia menggunakan elemen dari pelbagai gaya perisai sejarah.

Antaranya ialah gladiator Rom, Hussar Poland, Uthmaniyyah, samurai Jepun dan sebagainya.

Memandangkan Jeff de Boer adalah individu pertama yang mencipta perisai kucing dan tikus di dunia setakat ini, dia telah menghasilkan kesemua bahagian yang diperlukan dan beberapa alat untuk set perisai uniknya.

Setiap satu sut perisai tersebut mengandungi antara 500 hingga 300 keping dan memerlukan berpuluh-puluh jam untuk disiapkan.

Gambar: Jeff de Boer/Facebook

Kebanyakan daripada sut perisai itu diperbuat daripada nikel (logam alkali), keluli atau brass (aloi kuprum).

Walaupun orang ramai bebas untuk memberi tanggapan terhadap set perisai yang rumit ini, bagi Jeff de Boer sendiri analoginya adalah bahawa kucing mewakili kuasa dunia seni halus dengan karya seninya yang berjuta-juta.

Manakala tikus pula mewakili tukang yang berjuang untuk mengekalkan kraf mereka hidup.

Sumber: Oddity Central

Noorliyana Ishak