Remaja Dilapor Maut Main Papan Luncur Di Bumbung Kereta Api
Gara-gara bermain papan luncur di bumbung kereta api, seorang remaja lelaki New York dilaporkan maut apabila kepalanya melanggar struktur landasan ketika kereta api merentasi Jambatan Williamsburg di Amerika Syarikat, pada petang Isnin.
Lapor New York Post, polis mengesahkan kejadian itu selepas mendapati remaja terbabit menaiki bumbung kereta api yang bergerak arah utara.
Difahamkan, kereta api itu menuju ke seberang jambatan apabila kepalanya terhempas pada bahagian struktur landasan sekitar 6.45 petang hari kejadian.
Mangsa kemudiannya terjatuh di bawah kereta api dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut polis.
Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA) menghentikan perkhidmatan kedua kereta api yang terlibat antara stesen Marcy Av dan Delancey St-Esses St selama beberapa jam ketika siasatan sedang dilakukan.
Kedua-dua kereta api itu masih beroperasi dengan kelewatan melepasi 11 malam, menurut agensi pengangkutan itu.
Identiti mangsa masih belum dilakukan susulan mahu menunggu pengesahan daripada pihak keluarga.
Dalam satu kenyataan, Presiden New York City Transit Richard Davey memberi amaran mengenai bahaya bermain papan luncur di kawasan kereta api bawah tanah.
BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’
“Kami menekankan betapa berbahayanya untuk menunggang atau bermain di luar kereta api ketika ia bergerak.
“Kami memohon untuk ahli keluarga memaklumkan kepada anak-anak berhubung dengan bahayanya permainan yang kelihatan seperti menyeronokkan tetapi membawa maut,” kata Darvey.
Tahun lalu, beberapa remaja dikatakan cedera parah atau terbunuh semasa meluncur di kereta api bawah tanah.
Jumlah yang terlibat meningkat susulan dengan penyebaran di media sosial mengenai keseronokan bermain di kawasan itu, kata pegawai.
Insiden meluncur kereta api bawah tanah meningkat sebanyak 560 peratus dari Januari hingga Mei 2022.
Menurut MTA, ia merupakan sejumlah 449 kejadian berbanding 68 dalam tempoh yang sama pada 2021.
Ketua Transit NYPD Jason Wilcox menyifatkan permainan meluncur di kereta api bawah tanah sangat bahaya.
Beliau turut menyatakan bahawa kebanyakan insiden berlaku melibatkan golongan muda.
“Tiada apa-apa yang menyeronokkan atau lucu tentang aktiviti ini dan kami akan terus berusaha untuk menghalangnya,” katanya.
Sumber: New York Post
BACA: Remaja Maut Dipijak Gajah Di Lipis, Wan Rosdy Ucap Takziah