Siakap Keli
ustazah lombok jejaka belgium
Gambar: Tangkap layar video tular

Ustazah Lombok Nikahi Jejaka Belgium Lepas Istikharah 7 Kali

Ustazah Lombok Nikahi Jejaka Belgium Lepas Istikharah 7 Kali

Jodoh di negara lain, seorang ustazah yang berasal dari Lombok menikahi seorang jejaka warga Belgium setelah bertemu melalui aplikasi janji temu dalam talian, lapor Liputan6.

Kisah ‘merpati dua sejoli’ itu dikongsi oleh @lombokdokumen di TikTok, mengisahkan kisah pertemuan ustazah bernama Mauni bersama suaminya hingga tular di media sosial.

Difahamkan, mereka berdua berkenalan dalam sebuah aplikasi sejak Disember 2022 sebelum kedua-duanya saling bertukar nombor untuk berhubungan di WhatsApp.

“Pada mulanya bertemu pada Disember 2022 melalui aplikasi Muslimah.com dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di situ,” kata Mauni.

Selepas berkenalan dengan lebih mendalam, pasangan itu mahu beralih ke fasa seterusnya dengan lebih serius.

BACA: Kecewa Hubungan Putus, Lelaki Nekad Tuntut RM40k Kos ‘Dating’ Dari Bekas Kekasih

Perkenalan mereka lama-kelamaan menjadi semakin serius apabila lelaki bernama Jawad itu meluahkan perasaannya terhadap Mauni menerusi WhatsApp.

“Jawad meluahkan perasaannya terhadap saya dengan izin Allah SWT,” tambah Mauni.

Namun, Mauni sempat menolak pengakuan cinta Jawad kerana dia tidak begitu yakin bahawa pemuda itu adalah jodohnya.

“Mula-mula saya tolak (cinta) dia dulu, sampai dia hantar mesej melalui suara menyatakan perasaannya kepada saya.

“Jawad kata dia saya suka kepada saya kerana saya adalah perempuan yang solehah, berpegang kepada Al-quran,” kata Mauni.

Mauni berkata Jawad mendakwa dia seakan-akan melihat cahaya apabila melihatnya dan disebabkan itu pemuda terbabit mahu berkahwin dengannya.

Ustazah solat istikharah 7 kali sebelum nikahi lelaki Belgium 

Gambar: Tangkap layar video tular

Ujar Mauni, sebelum dia mengambil keputusan untuk menerima suaminya, dia mengakui telah melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk.

Mauni melakukan solat istikharah sebanyak tujuh kali untuk meyakinkan bahawa lelaki berdarah Belgium itu benar-benar jodohnya.

“Semasa dia melamar saya, dia kata nak jadi suami saya dan mahu menunaikan haji bersama-sama.

“Saya merasakan itu adalah jawapan daripada Allah kerana ketika melakukan umrah saya meminta untuk kembali semula bersama pasangan semasa menunaikan haji,” ujar Mauni.

Selepas mendapat jawapan bahawa Jawad adalah jodoh yang terbaik, Mauni secara tidak langsung menerima lamaran itu.

Gambar: Tangkap layar video tular

Mereka berdua akhirnya berkahwin dan majlis diadakan secara sederhana di Lombok.

Dalam video itu, Ustazah Mauni mengenakan gaun pengantin berwarna putih manakala suaminya memakai sut hitam.

Kisah percintaan Mauni dan Jawad menjadi bualan warga maya dan rata-rata mereka mendoakan pasangan itu.

@lombokdokumen

Ustazah Bule Menikah Dengan Bule Belgia #Bule #menikah Ta’aruf #lombok #fyp #Ranggegate #viral

♬ sepanjang hidup_MaherZein – 💖AnnaRifani💖

Sumber: Liputan6

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana