Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bajet 2023: RM8 Bilion Diperuntukkan Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.
Menurutnya, sebanyak RM8 bilion akan diperuntukkan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah tersebut.
Jelasnya, beberapa pembaharuan akan dilakukan untuk mengambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.
“Isi rumah pendapatan kurang 2,500 ringgit, layak terima sumbangan sehingga 2,500 ringgit bergantung kepada bilangan anak.
“Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
“Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka,” ujarnya.
Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100. Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini telah membentangkan Bajet 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.
Bajet yang dibentangkan pada hari ini merupakan belanjawan pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Kesepuluh itu.
Bukan itu sahaja, Bajet 2023 Malaysia Madani yang dibentangkan pasti akan menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Terutamanya dengan keadaan ekonomi negara yang begitu mencabar ketika ini.
Sumber: BERNAMA