Siakap Keli
kerajaan tanggung kos ujian memandu
Gambar: Bernama

Belanjawan 2023: Kerajaan Setuju Tanggung Kos Ujian Memandu Untuk Lesen B2, Lesen Teksi, Bas Dan E-Hailing

Belanjawan 2023: Kerajaan Setuju Tanggung Kos Ujian Memandu Untuk Lesen B2, Lesen Teksi, Bas Dan E-Hailing

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen memandu motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

Selain itu, TEKUN juga menyediakan 330 juta ringgit termasuk 10 juta ringgit untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan. Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini telah membentangkan Bajet 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat. 

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Bajet yang dibentangkan pada hari ini merupakan belanjawan pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Kesepuluh itu.

Bukan itu sahaja, Bajet 2023 Malaysia Madani yang dibentangkan pasti akan menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Terutamanya dengan keadaan ekonomi negara yang begitu mencabar ketika ini.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka