Siakap Keli
1.2 bilion klinik dan sekolah daif
Kredit BERNAMA

Belanjawan 2023: RM 1.2 Bilion Diperuntukkan Untuk Baik Pulih Klinik & Sekolah Daif

Belanjawan 2023: RM 1.2 Bilion Diperuntukkan Untuk Baik Pulih Klinik & Sekolah Daif

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari ini telah membentangkan Bajet 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat. 

Bajet yang dibentangkan pada hari ini merupakan belanjawan pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Kesepuluh itu.

Bukan itu sahaja, Bajet 2023 Malaysia Madani yang dibentangkan pasti akan menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Terutamanya dengan keadaan ekonomi negara yang begitu mencabar ketika ini. 

Pembentangan bajet tersebut telah memperuntukkan sebanyak RM 1.2 bilion bagi membaik pulih 400 klinik daif dan 380 sekolah daif.

Untuk menyegerakan pelaksanaan projek, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada 1 juta berbanding 500 ribu ringgit serta perolehan secara cabut undi kepada 200 ribu berbanding 100 ribu ringgit.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka