Bajet RM4k Seorang, Wanita Kongsi “Winter Trip” Di Korea Selatan
Melancong atau travel merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambahan lagi, terdapat banyak lokasi menarik di seluruh dunia yang boleh anda lawati.
Bagi mereka yang cinta akan hobi, semestinya telah banyak budaya dan suasana luar yang dipelajari.
Sebagai contoh, di negara luar mempunyai empat musim yang berbeza seperti musim panas, musim luruh, musim bunga dan juga musim sejuk (salji).
Bagi kita yang belum pernah menjejakkan kaki dan merasai musim sejuk. Ia pastinya sesuatu yang menyeronokkan.
Namun, pasti ada satu persoalan yang sedang bermain di fikiran anda sekarang iaitu negara manakah yang patut dilawati?
Oleh itu, bagi mereka yang menginginkan sesuatu kelainan di negara luar, mari kita ikuti perkongsian oleh Najwa Syahirah Safian sewaktu berada di Korea.
Wanita Kongsi Winter Trip Di Korea Selatan
WINTER TRIP TO SEOUL, KOREA SELATAN 2023 ( 16 FEB 23 – 21 FEB 23)

TOTAL PER PERSON: plus minus RM4000 sorang (tak termasuk shopping)

FLIGHT AirAsia: RM1.9K (Tolak dalam RM800 credit airasia sebab pkp so total flight bayar dalam RM1.1K)
K-ETA: RM34
TRAVEL INSURANCE: RM200 (Ambil ETIQA add Covid coverage and spouse)
ACCOMONDATION: Airbnb @ Hongik University Station : RM1471.46 (5 hari 4 malam) bahagi 4 orang
T-MONEY: 4000 won ( Beli di vending machine @ Incheon Airport sebelum masuk ke train Arex). Topup 50,000 won. Before Malaysia ada baki 8000 Won. Boleh redeem balik kat convenient store kat airport
SIMCARD: RM87.25 (Beli @ Klook, 5 days unlimited, staff airport tolong pasangkan) *Simcard ni boleh guna as T-Money sekali!
LUGGAGE LOCKER: Hongik Uni Station Exit 3 harga 3000 won every 3hrs (24hrs available)



Day 1
NAMSAN TOWER
Transport: Hongik station – Euljiro 3 (sam) ga station – Dongguk Univ station – Naik bas 01 ke Namsan Tower
N Tower Sky View : 12,500 won
Cable Car: 11,000 won
*sebenarnya nak pergi cable car terus tapi silap beli tiket. Pergi beli tiket naik dan tower. Terpaksa la naik dan tower kejap. Kaunter tiket cable car belah love lock kat bawah-bawah sikit.


Myeondong Street
Transport: Hongik station – Dongdaemun History & Culture – Myeondong station
* always compare harga malaysia dengan korea sebab ada few product malaysia lagi murah.

Busan Jib @ Myeondong street

Restoran busan jib ada tiga jenis ( chicken, bbq & korean food). Personally saya rasa korean food biasa-biasa je. Maybe tekak orang Malaysia suka ada msg kot. Tapi ayam dia sangat-sangat sedap. Suka!
Day 2
LOTTE WORLD

Transport: Hongik Station – jamsil Station Exit 4
Entrance: RM259.99 (Beli di Klook & add 3 magic pass)
Dapat naik 7 rides je (10am-6pm) sebab ramai beratur even on weekdays. Better ada magic pass
Lunch: 7050 won (Shrimp Burger @ Lotteria)
Prayer Room: Level 3, Lotteria
* rides yang wajib naik French Revolution, Comet Express and Atlantis!
BACA JUGA: Wajib Tahu, Ini 15 Tips Untuk “Newbie” Yang Nak Ke Jepun
STARFIELD LIBRARY

Entrance: FREE
Transport: Jamsil Station – Samseong Station
* better pergi pagi kalau nak lighting gambar cantik.
Day 3
NAMI ISLAND

Transport: Hongik uni station – Mangu Station – Gapyeong Station – Naik bus 104 ke Gapyeong Wharf – Naik ferry ke Nami Island
Bus 104: 1300 won tak silap
Ferry: 14,000 won
Lunch: 16,500 won (Asian Family Restaurant)
Prayer room : Dalam Asian Family Restaurant
Gangchon Railpark

Transport: Ferry Nami island – Railpark (using Gapyeong City Tour Bus)
Gapyeong City tour bus: 8000 won (unlimited ride)
* last ride pkul 3.30pm so better datang sebelum tuu. Best and cantik sangat!
Day 4
Vivaldi Ski Park


Vivaldi Ski Tour package (include Entrance + Transport + Attire): RM370.85 (Beli @ KLOOK)
Lift Pass: 50,000 won (Kalau tak ada lift pass tak boleh naik atas untuk ski. Make sure beli kat klook pakej dah ada lift pass baru lagi jimat. Masa kami beli kami tak add lift pass sbb tak tahu apa benda tu)
Glove: 20,000 (kena beli glove baru yang sesuai untuk ski kat situ kalau takde. Kalau ada tak perlu beli)
Goggle: 10,000 won (sewa)
Ski lesson: 10k-15k tak silap (if nak belajar. Kami belajar kat youtube je haha)
Lunch : 15,000 won (Halal restaurant ada satu)
Prayer room: Available
BACA JUGA: Wanita Kongsi Tips Sahur Kenyang Lama Siap Boleh Turun Berat 10 Kg Sebulan
Day 5
Bukchon Hanok Village

Transport: Hongik – Euljiro 3 ga station – Anguk station
Entrance: free
* lepas anguk station jalan sikit nanti ada tourist information. Dapatkan peta supaya tak sesat dlm hanok village.
BACA JUGA: Malaysia Duduki Tempat Ke-3 Dalam Senarai Negara Penyumbang Utama Pencemaran Plastik Di Lautan
Gyeongbokgung Palace

Entrance: Free kalau sewa hanbok. Hanbok ada opposite jalan palace tu. TIPS nak murah pilih kedai hanbok level 1. Level 1 sewa baru 9900 (1 day). Kalau korang sewa hanbok kat ground floor 15K-20K per hour.
Itaewon Mosque

Transport: Anguk station – Yaksu – Itaewon station
Lunch: 25,900 won (The Halal Guys couple set)
Gosame Restaurant

Ni dekat dengan airbnb kami dari Hongik Uni kami jalan. Sangat sedap seafood dia. Ikan mackerel and sotong dia aduhai masih teringat-ingat lagi sampai sekarang hehe. Wajib pergi!
Total makan 33,000 (dua orang makan)
Sumber: Facebook Najwa Syahirah Safian via Backpackers Buddies Malaysia (BBM)