Siakap Keli
15 tips melawat jepun
Gambar: Facebook Yamin Ismail

Wajib Tahu, Ini 15 Tips Untuk “Newbie” Yang Nak Ke Jepun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wajib Tahu, Ini 15 Tips Untuk “Newbie” Yang Nak Ke Jepun

Setiap orang mempunyai hobi mereka yang tersendiri bagi mengisi atau menikmati masa lapang mereka. Antara hobi yang sering kita lihat ialah berbasikal, mendaki bukit, memancing dan termasuk juga mengembara.

Bagi mereka yang suka mengembara. Sudah tentu pelbagai pengalaman yang dilalui. Lebih-lebih lagi pergi ke tempat atau budaya yang berbeza.

Menerusi aktiviti pelancongan, kita dapat mengenali budaya asing selain menambah pengetahuan dan bergembira tidak kira di mana-mana yang ingin dilawati.

Tambahan lagi, terdapat banyak tips yang diberikan oleh mereka yang pernah melawat ke salah satu tempat menarik termasuk di Jepun.

Oleh itu, untuk sesiapa yang berhajat ke negara matahari terbit buat kali pertama boleh melihat perkongsian 15 tips melawat ke Jepun oleh Yamin Ismail di bawah.

15 tips bagi mereka yang pertama kali melawat ke Jepun:

Gambar: Facebook Yamin Ismail

Visa
Tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.

Duit Yen
Tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.

Talian internet
Bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.

Pengangkutan

Gambar: Yamin Ismail

Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Makanan halal
Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi.

Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.

Gambar: Facebook Yamin Ismail

Kalau lapar sangat
Masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).

Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

Penginapan

Gambar: Facebook Yamin Ismail

Bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi.

Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up had laju jalan kaki mereka.

BACA JUGA: Arsenal Intai Peluang ‘Sambar’ Marcus Rashford

Tempat menarik kat Jepun?
Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, Gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati.

70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

Bahasa Jepun

tips melawat jepun
Gambar: Facebook Yamin Ismail

Elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi – Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.

Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

Vending machine
Teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. Ia ada di mana-mana. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.

Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

Tandas
Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.

Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

Surau
Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

Makan ramen
Makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Remaja Perempuan Ditemukan Selamat Selepas Terperangkap 10 Hari

Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi pelanggan yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

Duit syiling Jepun
Ada banyak dominasi seperti 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Selamat melawat Jepun!

Yamin Ismail

Sumber: Facebook Yamin Ismail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?