Siakap Keli
suspek mayat abby choi
Kredit: EPA- Yonhap

Empat Suspek Ditahan Selepas Mayat Model Abby Choi Yang Dipotong-potong Ditemui

Empat Suspek Ditahan Selepas Mayat Model Abby Choi Yang Dipotong-potong Ditemui

Empat suspek ditahan selepas mayat seorang model dan influencer terkenal Hong Kong, Abby Choi yang dikerat ditemui di sebuah rumah baru-baru ini, lapor BBC.

Namun, polis tidak mengesahkan identiti suspek dan dilaporkan mereka yang didakwa ditetapkan hadir ke Mahkamah pada Isnin.

Abby Choi pertama kali dilaporkan hilang pada Selasa dan polis telah mengeluarkan butiran mengenai kematiannya selepas penangkapan bekas suaminya.

Difahamkan bekas suaminya yang berusia 28 tahun telah ditangkap atas pembunuhan itu pada Sabtu ketika cuba meninggalkan bandar dengan menaiki bot, menurut polis.

Dalam pada itu, ibu bapa dan abang lelaki itu turut ditahan sehari sebelumnya.

Sebelum ini, mayat Choi ditemui di dalam peti sejuk di sebuah rumah di kampung Lung Mei, kira-kira 27 kilometer dari tempat terakhir beliau kelihatan iaitu di Kowloon City pada Selasa.

Ketua Polis Alan Chung berkata mangsa dipercayai mempunyai masalah kewangan melibatkan keluarga bekas suaminya.

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertikaian mengenai kewangan yang membabitkan jumlah yang besar.

“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh,” katanya memetik agensi berita AFP.

BACA: Wanita Dibunuh & Dikerat 11 Bahagian, Dibungkus 7 Beg & Dibuang Di Lokasi Berbeza

Dalam pada itu, polis berkata dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia turut ditemui di dalam rumah itu.

Hasil siasatan masih dijalankan bagi mencari beberapa bahagian badannya yang hilang.

Dalam satu kenyataan polis berkata alatan yang digunakan oleh suspek telah dirampas sepenuhnya.

“Sebuah alat penghiris daging, gergaji elektrik dan beberapa pakaian yang disyaki berkaitan dengan kes itu telah dirampas di tempat kejadian,” katanya.

Choi baru-baru ini muncul di muka depan L’Officiel Monaco, yang merupakan majalah fesyen serta memaparkan gaya hidup mewah.

Beliau turut dilaporkan sebagai seorang sosialit terkenal di Hong Kong.

Terdahulu, media melaporkan pembunuhan Choi terbongkar selepas polis menemui bahagian mayat di sebuah flat tingkat bawah, bangunan tiga tingkat di Lung Mei Tsuen Tai Po.

Sumber: BBC

BACA: Tubuh Ibu Dikerat 15, Gara-gara Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka Ayah

Nurhanis

noktah