Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Teleskop James Webb Kesan Enam Galaksi Gergasi
AMERIKA SYARIKAT — Teleskop Angkasa, James Webb berjaya mengesan enam galaksi gergasi (besar) selepas kemunculan Big Bang dalam satu kajian yang diterbitkan Nature pada Rabu lalu.
Memetik AFP, penemuan itu telah mengejutkan saintis berikutan ia dianggap bercanggah dengan pemahaman alam semesta.
Difahamkan, galaksi tersebut berusia antara 500 hingga 700 tahun juta tahun selepas letupan Big Bang yang berlaku pada 13.8 bilion tahun lalu.

Perkara itu memberikan gambaran bahawa alam semesta itu hanya lima peratus dari usianya sekarang.
Sebelum ini, dua galaksi tersebut telah ditemui oleh Teleskop Angkasa Hubble namun imej yang diambil tidak jelas dan tidak dikenali.
Bagaimanapun, kesemua galaksi itu masih belum disahkan dan perlu membuat pengukuran.
Dianggarkan setiap galaksi dipercayai mengandungi kira-kira 100 bilion bintang.

Perkara itu dijelaskan oleh salah seorang pengarang kajian dan penyelidik di Universiti Teknologi Swinburne Australia, Ivo Labbe kepada AFP.
“Ia hampir menyamai saiz seperti Bima Sakti. Untuk galaksi muda ini mencapai perkembangan sama dalam tempoh 700 juta tahun, ia perlu berkembang sekitar 20 kali lebih cepat daripada Bima Sakti.
“Bagi kewujudannya yang begitu besar selepas Big Bang, ia adalah bertentangan dengan model pemahaman kosmologi. Berdasarkan teori, galaksi berkembang secara perlahan dari permulaan yang sangat kecil pada awalnya.
“Ia sepatutnya diramal antara 10 hingga 100 kali lebih kecil. Tetapi saiz galaksi ini di luar jangkaan,” katanya.
Saintis berpendapat bahawa perkembangan galaksi itu didorong oleh jirim gelap yang membentuk sejumlah besar Alam Semesta.
Walaupun masih belum banyak yang tidak diketahui mengenainya, namun pennyelidik percaya ia memainkan peranan penting dalam pembentukan galaksi.
“Apabil jirim gelap terkumpul, ia mula menarik gas dari alam semesta sekeliling sebelum membentuk galaksi dan bintang. Namun, proses ini mengambil tempoh yang lama dan di alam semesta tidak banyak jirim gelap itu,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Ahli Astrofizik di Suruhanjaya Tenaga Atom Perancis, David Elbaz berpendapat bahawa galaksi yang dianggap berkembang dengan pantas itu dapat membentuk bintang-bintang dengan lebih cekap.
Terdahulu, Teleskop James Webb telah berjaya mengesan lebih banyak penemuan yang menakjubkan sejak Julai lalu. Ia dapat membuat penemuan dalam jarak yang jauh di alam semesta.
Sumber: AFP via France24